Anak adalah anugerah dan amanah Allah SWT kepada ibubapa. Mereka ibarat
kain yang putih yang bersih lagi suci. Kecantikan dan keindahan kain itu
bergantung kepada ibubapa itu sendiri untuk mencorakkannya. Adalah
menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka bumi ini untuk
membentuk budi pekerti yang mulia berlandaskan syariat Islam.
Pembentukan itu haruslah dilakukan ketika mereka masih di dalam
kandungan ibu lagi.
Jika ditakdirkan mereka ini anak yang degil, keras hati, keras kepala
dan nakal, janganlah anda kecewa dan patah semangat dalam menangani
masalah ini. Anggaplah ia sebagai satu ujian Allah SWT kepada hambaNya
yang dikasihi. Ingat hakikat bahawa Allah SWT uji hambaNya setakat
kemampuan hambaNya untuk menanggung ujian itu. Jadi janganlah sesekali
merasa kecewa atau patah semangat. Malahan, Nabi bersabda: Allah amat
benci orang yang mudah patah semangat dan syaitan amat suka orang yang
mudah patah semangat.
Setiap masalah berpunca daripada:
- Hati yang kotor.
- Fikiran yang negatif.
- Amalan yang tidak betul.
- Gangguan metafizikal termasuk sihir.
- Jahil tentang agama & tanggungjawab, atau
- Semata-mata ujian Allah SWT kerana sayangNya kepada anda.
Jadi cuba semak diri anda tentang apakah punca sebenar masalah yang anda hadapi itu.
Pesan Nabi SAW:
Anak-anak yang nakal semasa kecil, akan menjadi orang dewasa yang
bijaksana. Jadi tukar paradigma tentanganak anda itu. Fikiran dan
kata-kata ibubapa adalah DOA YANG MAKBUL. Sabda Nabi SAW: Allah SWT
bertindak seperti mana yang difikirkan oleh hambaNya. Nabi pesan, anak
berumur 1 - 7 tahun, didik dengan kasih sayang dan banyak bergurau. Jadi
bagi sesiapa yang selalu memukul anak, mulai hari ini jangan lagi
memukul anak anda itu. Besar kemungkinan dia RASA CEMBURU KEPADA ADIK.
Sejak ada adik, ibubapa banyak melebihkan adik tanpa sedar. Dia rasa
terbiar. Pada abang atau kakak ni, kena marah atau pukul adalah
PERHATIAN DARIPADA IBUBAPA! Amat sedih bila ini berlaku!
Di antara perkara yang boleh dilakukan untuk bantu anak anda yang nakal untuk mendengar cakap dan terlalu manja:
1. Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW
sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib
buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 1
½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika
belajar 1 ½ jam selepas makan malam. Pastikan dia kurang makan daging
merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat
anak pemarah dan agrasif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka
makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada
dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping
jaga kulit.
2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang
degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.
3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.
4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah
Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat
ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak
banyak meragam.
5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja
tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa
belajar.
6. Beri anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.
7. Bacakan di kepala anak: Al-Fatehah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah
untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang,
baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa
nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah.
8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian,
warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agrasif dan hyperaktif.
9. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.
10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan
mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan
dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezki yang kurang berkat juga jadi punca
anak jadi agrasif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra nakal.
11. Ibubapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang.
Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT
akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin
rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita
dengan semua orang.
Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:
1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba'diah
untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.
2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga
solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi
SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada
semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.
3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih,
badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan
anak dengar cakap kita.
5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5
dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa
tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan
bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah,
langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk
seperti enggan solat, dan sebagainya.
7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatehah, Surah
Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi dan hembus ke
badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci
atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.
8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.
9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita
untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan
melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama
DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya
berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai,
anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak
jadi extra nakal, dan sebagainya.
10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar,
bacalah 3 Nama Allah: Ya 'Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke
arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan.
Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.
11. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
- Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.
- Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.
- Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.
12. Baca Al-Fatehah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas
kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia
jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.
13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya
atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik,
sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan
pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita
semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak
yang baik.
Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40
hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan
selesai langkah demi langkah.
Selamat beramal dan moga berjaya, wassalam.
Sumber Inspirasi Dan Motivasi: Prof. Madya Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah.
Perkongsian adalah diambil dari sumber yang dinyatakan untuk panduan semua.