Sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab terhadap pemimpin negara kami, kami berterima kasih kepadamu PM di atas keprihatinanmu mendengar rintihan dan permasalahan kami rakyat Malaysia dengan keputusan Kabinetmu menyelesaikan masalah kami. Sesungguhnya janji-janjimu dan manifesto PRU-13 adalah Janji Ditepati. Ini adalah janji-janji pertama manifesto PRU13 yang lalu yang telah ditepati. Akan datang pelbagai lagi janji-janji dalam manifestomu akan ditepati.
Bertepatan dengan slogan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, Demi pencapaian ekonomi yang lebih baik maka keutamaannya dalam menjana ekonomi dan pendapatan negara diletakkan keatas batu jembala kami rakyat-rakyat Malaysia yang sememangnya takut untuk berumbah sedangkan telah banyak kali engkau laungkan perkataan TRANSFORMASI dengan pelbagai inisiatif Transformasi dibawah Dasar Transformasi Nasional telah engkau lancarkan seperti Goverment Transformation Programme (Program Transformasi Kerajaan), Economic Transformation Programme (Program Transformasi Ekonomi). Kedua-dua program ini diperkenalkan pada 2010 serta 2011 dan ia diwujudkan bersama-sama Program Transformasi Politik dan Program Transformasi Sosial yang membentuk Dasar Transformasi Nasional. Kesemua insiatif tersebut diperkenalkan bertujuan bagi memastikan negara mencapai matlamat menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Kejayaan demi kejayaan itu adalah hasil kerja keras semua pihak, daripada rakyat sehinggalah kepada pihak swasta dan penjawat awam. Kesannya, taraf dan kualiti hidup rakyat menjadi semakin baik, ekonomi negara menjadi semakin berkembang manakala kewangan negara terus kukuh hari demi hari. Oleh kerana itu juga tibalah masanya bagi negara ini memungut hasilnya kembali dari pelaburan dan usaha yang telah dilaksanakan.
Tidak lupa juga terima kasih kami kepada pengundi-pengundi yang telah membuat pilihan bijak pada PRU13 yang lalu memilih parti dan pemimpin yang mampu menguruskan sebuah negara dengan baik. Demi menjana ekonomi negara kami rakyat Malaysia sesungguhnya akan membantu dan terus berada dibelakangmu tidak kira apa jua keputusanmu dan kabinetmu lakukan kerana kami percayakan kamu dan barisan pemimpin pilihanmu. Kami akan membayar apa jua yang akan kamu usahakan.
Lagu sempena kenaikkan harga minyak:
Aku yang dulu bukanlah yang sekarang,
Dulu di rayu2 sekarang ku di tendang,
Dulu dulu dulu ku bahagia,
Sekarang semakin derita..Cita-citaku menjadi orang kaya
Dulu ku susah sekarang makin susah,
Bersyukurlah pada Kerajaan Malaysia,
Meningkatkan harga semua barang..Hidupku dulunya seorang rakyat biasa
Mendapat bantuan 1 malaysia terus kaya raya,
Tetapi slps ayam, kereta, minyak semua naik harga,
Sekarang Aku terus naik gilaaa....Sekolah dulu ku gak punya biaya,
Terpaksa ku membuat pinjaman PTPTN,
Sekarang aku di belenggu Hutang,
Pasti kerajaan membantunyaaaa...*PTPTN KAN ADOOOOOO.....eehhhhh
credit: Amy Tommy
Walau apa jua tanggapan mereka yang lain tetapi percayalah keputusan yang dibuat oleh YAB PM ini merupakan keputusan yang sukar dan dalam keadaan terpaksa demi kestabilan ekonomi negara.
Inilah hadiah daripada kerajaan yang anda pilih untuk menerajui negara yang merdeka ini. Sekali lagi Terima Kasih diucapkan kepada PM, barisan Kabinet dan juga pengundi yang telah membuat keputusan yang tepat dan betul dalam PRU13 yang lepas.
Tag :
Politik