This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Palestin, Israel kaji sambung rundingan

Palestin, Israel kaji sambung rundingan

Abbas bincang dengan pemimpin negara selepas proses terhenti tiga tahun
Ramallah: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, akan berbincang dengan pemimpin Palestin mengenai kemungkinan untuk menyambung semula rundingan dengan Israel selepas hampir tiga tahun ia terhenti, kata pihak berkuasa.

Mereka tidak memberikan perincian mengenai sekiranya ada kejayaan yang bakal diumumkan Abbas selepas mesyuarat di Jordan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, John Kerry.

Akan ada perbincangan mengenai idea ini dan setiap orang bakal memberi pandangan mereka” Wasel Abu Yousef, Anggota tertinggi PLO

Kerry kelmarin berkata, jurang antara kedua pihak sangat ketara kecil. Cadangan beliau untuk meneruskan rundingan mendapat sokongan jawatankuasa Liga Arab, yang mengatakan mereka menyediakan asas dan persekitaran yang bersesuaian untuk memulakan rundingan.

Abbas akan berbincang dengan anggota kanan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan partinya Fatah pada 3 petang di Ramallah, bandaraya yang diduduki Israel di Tebing Barat dan tempat bagi pentadbiran pemerintahan sendiri beliau yang disokong Amerika Syarikat.

Sokongan Liga Arab

Abbas yang strategi damainya sering kali mendapat tentangan pesaing Islamis Palestin yang memerintah Semenanjung Gaza sebelum ini cuba mendapatkan sokongan Liga Arab untuk membabitkan negara Yahudi itu.

Tidak dapat dipastikan sama ada pengesahan itu akan memberikan perlindungan politik secukupnya untuk beliau meneruskan rundingan damai.

“Kami menjangka untuk mendengar daripada presiden idea dibentangkan Kerry. Akan ada perbincangan mengenai idea ini dan setiap orang bakal memberi pandangan mereka mengenainya. Rumusannya akan dibuat oleh satu persetujuan umum,” kata anggota tertinggi PLO, Wasel Abu Yousef, kepada Reuters.

Rundingan yang berlaku selama dua dekad kali terakhir terjejas pada akhir 2010 membabitkan penempatan Israel di Tebing Barat dan beberapa perkara lain.
Sejak itu, Abbas menegaskan bahawa Israel memperbaharui dan menambahkan pembinaan penempatan bagi rundingan baru diadakan.
Penduduk Palestin yang biasa dengan pemikiran Abbas membuat spekulasi beliau tidak akan meneruskan permintaan bagi menghentikan pembinaan perumahan yang dikeluarkan kerajaan Israel walaupun ia sukar untuk meneruskan permintaan sebelum ini.
Sekiranya Abbas berjaya dalam isu ini, ia mungkin dalam pertukaran bagi isyarat muhibah dari Israel seperti pengampunan pejuang veteran PLO yang sekian lama ditahan di penjara.
Israel tidak memberi sebarang tanda pembebasan banduan terbabit tetapi penyiar utama Israel Army Radio berkata, beberapa sekatan jalan raya Tebing Barat akan dihapuskan untuk memudahkan perjalanan Palestin. - REUTERS

Tag : Dunia
0 Komentar untuk "Palestin, Israel kaji sambung rundingan"
Back To Top