Dalam menjalani kehidupan seharian, kita sering terlibat samada secara langsung ataupun tidak dengan isu ini. Sejauh manakah anda menyedari bahawa dalam melaksanakan aktiviti harian yang menjadi kebiasaan anda terlibat dengan DOUBLE STANDARD. Kita rakyat Malaysia sering mengambil mudah dengan setiap apa yang berlaku di sekeliling kita. Tidak pernah terdetik di hati dan minda kita untuk menyelidik apa yang berlaku, apa yang sebenarnya berlaku dan terjadi dalam kehidupan dan persekitaran kita. Wahai rakyat Malaysia bumi bertuah bangkitlah dari tidurmu yang lena. Sedarilah dari mimpi yang tak berkesudahan, berusahalah untuk hidup bersama dalam satu masyarakat yang satu. Berdiri sama tinggi, duduk sama rendah walaupun sememangnya tidak pernah berlaku dalam negara yang kita cintai ini.
Kemana sahaja kita kunjungi dan majlis yang dihadiri kita sentiasa berada dalam situasi ini. Menghadiri majlis ilmu seperti ceramah dan diskusi, majlis perkahwinan, sembahyang, sambutan keraian dan pelbagai lagi event yang anda hadiri. Mana perginya asuhan dan didikan adat yang didokong selama ini, menghormati orang lain. Mendahulukan orang lain dalam setiap hal yang dilakukan.
Dijalanraya kita dianak tirikan oleh individu-individu yang berpengiring, yang memimpin takutkan rakyatnya sendiri. Yang tidak percayakan Atib dan Rakib yang telah ditugaskan untuk menjaga setiap aktiviti seharian kita, yang mencatat diari kehidupan kita oleh ALLAH SWT.
Kenapa masih perlu ada keadaan ini dalam masyarakat yang sudah mencapai era millinium. Sepatutnya ini semua sudah lenyap daripada masyarakat beberapa dekad yang lalu.
0 Komentar untuk "Antara Dua Darjat."