Rakyat Malaysia sememangnya dikenali kerana sifat baik hati dan pemurah. Kerana sifat inilah, ramai yang mengambil peluang untuk memanipulasi keadaan dengan mengemis. Tahukah anda seorang pengemis mampu memerolehi pendapatan sehingga RM30,000.00 sebulan. Tiada kad pengetik masa, tiada bos dan bekerja sendiri. kalau ada bos sekalipun itu adalah sebuah sindikit yang memperalatkan mereka yang kurang bernasib baik untuk mengecapi kemewahan dengan cara mudah dan senang tanpa berusaha.
Pendapatan mereka ini jauh melangkaui purata pendapatan rakyat Malaysia yang berkerjaya tidak kiralah samada di sektor awam ataupun swasta. Tidak terkejutkah kita dengan angka ini. Kalaulah angka ini yang menjadi tanda aras untuk Malaysia merealisasikan WAWASAN 2020, maka benarlah wawasan ini telah dicapai. Tapi fikirkan golongan yang berpendapatan di bawah RM3000.00 sebulan. Untuk memiliki sebuah rumah yang selesapun amat sukar bagi mereka, bukan sahaja dibandar-bandar besar tetapi dibandar-bandar kecil sekalipun. Untuk membeli sebuah rumah teres lot tengah pun memerlukan RM 165,000.00. Berapakah kelayakan pendapatan sebulan untuk memiliki rumah berkenaan. Mengikut PM dalam Program Rumah Pertama yang menyatakan bayaran pendahuluan 10% dijamin oleh kerajaan melalui Cagamas pun menuntut bayaran ansuran tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan. Berapakah agaknya pendapatan bulanan yang perlu untuk melayakkan mendapat kemudahan pembiayaan melalui skim ini.
0 Komentar untuk "Pengemis."