This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Sentuhan Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan ?





Perasaan kasih sayang dan kebahagiaan dapat di terjemahkan melalui sentuhan mesra antara sesama ahli keluarga. Sentuhan lembut seorang ibu dan ayah kepada anak-anak dengan belaian kasih sayang, membina keutuhan hubungan mesra antara ibu bapa dan anak-anak. Sentuhan mesra suami dan isteri memberi ketenangan dan kegembiraan kepada seluruh isi keluarga.

" Sentuhan merupakan penyataan kasih sayang antara seorang individu dengan individu yang lain yang diterjemahkan melalui sentuhan fizikal dan sentuhan hati. Semakin kerap sentuhan berlaku, maka hubungan kasih sayang antara individu menjadi semakin kukuh dan mendalam."
Anak-anak yang kerap menerima sentuhan mesra ibu bapa akan merasa diri mereka disayangi kedua ibu bapa. Sebaliknya anak-anak yang jarang menerima sentuhan ibu bapa, berasa diri mereka kurang di pedulikan atau tidak disayangi ibu bapa mereka. Begitu juga hubungan suami isteri, semakin kerap sentuhan fizikal dan emosi, akan menambah keintiman dan kemesraan.
Anak-anak yang tidak mendengar kata merupakan anak yang telah lama tidak mendapat sentuhan emosi dan fizikal daripada ibu bapa. Keretakan hubungan suami isteri semakin terasa bahangnya kepanasannya apabila masing-masing sering menjauhkan diri, tanpa sentuhan fizikal mahupun pandangan mata.

Sentuhan Beri Ketenangan

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh lain akan menstabilkan kembali cas yang diperlukan oleh tubuh badan. Semakin lama sentuhan dan pergeseran ini berlaku, semakin seimbanglah cas dalam tubuh manusia.
Keseimbangan cas dalam tubuh memberi ketenangan kepada fikiran dan emosi kita. Semakin banyak sentuhan berlaku, maka semakin kuatlah tenaga elektro magnetik yang mengalir dalam tubuh kita. Ketenangan inilah yang di perlukan dalam hubungan kekeluargaan sebagai asas memebina kemesraan dan kebahagiaan keluarga.
" Apabila wujud kerenggangan dalam hubungan sesama ahli keluarga, usahakanlah supaya sentuhan emosi dan fizikal ini dapat berlaku kembali. Dengan kata lain, apabila anak-anak semakin menjauhkan diri dari ibu bapa, maka ibu bapa perlu kerap memeluk anak-anak dan mengembalikan belaian kasih sayang kepada mereka. Dengan ini, apa yang kita ingin sampaikan pada mereka, akan terus sampai ke hati anak-anak. begitu juga dalam hubungan suami isteri. Sentuhan mesra mampu mengembalikan keintiman hidup suami isteri."
Rasulullah SAW Contoh Terbaik

Setiap kali Rasulullah SAW bertemu dengan para sahabat, baginda memulakannya dengan sentuhan secara bersalam. dan memeluk erat mereka. Kadang-kadang baginda mencium dahi mereka sebagai tanda kasih sayang dan kemesraan apabila bersama dengan mereka. Ketika bersalaman, baginda memegang erat tangan sahabat dan baginda tidak melepaskannya sehinggalah para sahabat sendiri yang menariknya.

Begitu juga dengan hubungan kekeluargaan, ibu bapa harus biasakan amalan bersalam atau berjabat tangan dengan anak-anak. Peluklah mereka erat-erat dan bisikkanlah kata-kata positif kepada mereka. Peganglah kepala anak-anak kita terutama pada bahagian dahi sambil berdoa untuk kejayaan dan kecemerlangan mereka.

Kita ambil contoh peristiwa bagaimana Malikat Jibril a.s mengajar Rasulullah semasa turunnya wahyu yang pertama. Apabila Jibril a.s menyebut, "Iqra' ya Muhammad". Lantas Rasulullah menjawab, "Aku tidak tahu membaca". Perkara ini berulang sebanyak tiga kali. Dan pada kali ketiga, malaikat Jibril a.s meminta Rasulullah SAW membaca sambil memeluk Rasulullah dengan erat serta penuh kasih sayang, dengan serta merta fasih lidah Rasulullah membaca ayat-ayat dari surah al-Alaq yang di wahyukan kepada baginda.

Sentuhan dan pelukan Jibril a.s yang penuh kasih sayang telah membuka minda Rasulullah SAW untuk menerima petunjuk dari Allah SWT.
Kuasa Ciuman

Rasulullah SAW menjadikan kuasa sentuhan dalam hubungan dan komunikasi baginda dengan semua orang terutamanya dengan kanak-kanak.

Abu Hurairah r.a pernah mencium cucunya Hassan bin Ali. Seorang sahabat yang melihat peristiwa itu bernama al-Aqra' bin Habish berkata, "Sesungguhnya saya mempunyai sepuluh orang anak tetapi saya tidak pernah mencium seorang pun daripada mereka". Rasulullah SAW bersabda, " Sesiapa yang tidak mengasihi orang lain maka dia tidak akan dikasihi".

Pada suatu hari seorang Badwi datang bertemu Rasulullah dan berkata, "Apakah kamu mencium anak-anak kamu? Kami tidak mencium mereka". Rasulullah SAW berkata," Apakah kamu mampu sekiranya Allah SWT menarik dari hati kamu rahmat?"

Sayidatina Aisyah r.a pernah menceritakan bahawa apabila Fatimah r.a masuk bertemu Rasulullah, baginda akan bangun untukknya, menyambutnya, menciumnya dan mendudukkannya di tempat duduk baginda. Sebaliknya apabila Rasullulah datang menemui Fatimah, beliau bangun untuk baginda, memegang tangan baginda, menyambut baginda, mencium baginda dan mendudukkan baginda di tempat duduknya.

Pernah suatu ketika Fatimah r.a telah masuk menemui baginda Rasulullah SAW sewaktu baginda sedang sakit yang membawa kepada kewafatan baginda, baginda tetap menyambut Fatimah r.a dan menciumnya.

Banyakkan Sentuhan

Kuasa sentuhan bukan sekadar membahagiakan tetapi yang lebih penting ialah sentuhan kasih sayang ini menjanjikan limpahan kasih sayang dan rahmat dari Allah SWT.

Ikatan kekeluargaan yang dibina untuk mencari keredhaan Allah SWT merupakan nikmat terbesar dalam kehidupan. Firman Allah SWT, " Di antara tanda kebesaran Allah ialah Dia menjadikan bagi kamu jodoh daripada jenis manusia sepertimu agar kamu berasa tenteram bersamanya dan dijadikan di antara kamu perasaan kasih sayang dan belas kasihan". (Surah ar-Rum : 21)

Oleh sebab itu, dalam usaha kita nak membina kebahagiaan keluarga, banyakkan sentuhan kasih sayang kepada anak-anak dan pasangan hidup. Kuasa sentuhan meransang emosi dan spiritual untuk kita meghargai ikatan perkahwinan dan zuriat yang Allah SWT anugerah dan amanahkan pada kita. In syaa Allah.
Tag : Sharing
0 Komentar untuk "Sentuhan Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan ?"
Back To Top