This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Diabetes: Soya dan Buah Pinggang





Buah pinggang memainkan peranan penting dalam memecahkan protein kepada struktur yang mudah sama ada untuk penyerapan badan mahupun dikeluarkan melalui sistem pencernaan. apabila seseorang itu mempunyai penyakit berkaitan buah pinggang, sebahagian mereka mempunyai masalah untuk memecahkan protein dengan lancar. menguruskan penyakit buah pinggang adalah termasuk menukar kepada diet yang khusus, iaitu mengawal pemakanan protein dalam badan. kajian menunjukkan makan berasaskan protein soya membantu pesakit buah pinggang.

Kepentingan mendapatkan khidmat nasihat professional
walaupun sesetengah protein seperti protein soya mungkin tidak mempunyai kesan negatif kepada buah pinggang jika dibandingkan dengan protien yang lain, anda seharusnya mengawal pengambilan semua jenis protein sekiranya anda mempunyai masalah buah pinggang. Disebabkan diet memainkan peranan yang sangat penting untuk mengurus keadaan ini, anda seharusnya perlu selalu mendapatkan khidmat nasihat dari doktor anda atau dietitian sebelum menukar secara drastik cara pemakanan anda, terutamanya penukaran yang melibatkan pengambilan protein. tidak ada cadangan untuk pengambilan setiap hari dan had pengambilan sehari adalah bergantung kepada kapasiti buah pinggang anda termasuk juga faktor faktor individu yang lain.

Keseimbangan asid amino
semua makanan mengandungi protein dimana mempunyai asid amino, iaitu blok binaan untuk tumbesaran badan. badan tidak boleh menghasilkan asid amino yang diperlukan dan perlu diambil hanya melalui diet. jumlah asid amino dalam sesuatu makanan menentukan sama ada berada dikedudukan pada paras protein yang berkualiti tinggi atau rendah. makanan dari haiwan berada dikedudukan tinggi, manakala banyak makanan dari sayur sayuran berada di senarai bawah kerana kesemua tumbuh tumbuhan secara tipikal tidak mempunyai keseimbangan yang bagus. Dietitian berdaftar Joan Brookhyser menulis kepada American Association of Kidney Patient mengatakan bahawa prottin soya mengandungi protein berkualiti tinggi kerana keseimbangan yang ada pada kesemua asid amino yang penting.

Anda memerlukan protein berkualiti tinggi untuk kesihatan yang normal dan berfungsi tetapi protein dari haiwan boleh merosakkan lagi buah pinggang. anda tidak seharusnya menyekat pengambilan protein dari haiwan, protein dari soya boleh memberikan asid amino yang secukupnya dan mengurangkan stress kepada buah pinggang dan membolehkan anda mengurangkan protein dari haiwan dengan risiko yang rendah terhadap kesihatan.
Kajian
sebuah artikel ditulis oleh Dr James W. Anderson dari Universiti of Kentucky, di terbitkan pada 2008 dalam Asia Pasific Journal of Clinical Nutrition mengatakan dalam penyelidikan kedua dua manusia dan haiwan mendapati pemakanan protein soya membantu fungsi renal dan menurunkan kadar kehilangan protein melalui urine. beliau merujuk secara khusus kepada ujian kepada manusia  berkaitan penyakit buah pinggang yang disebabkan oleh diabetes iaitu punca umum kerosakkan buah pinggang. dia juga mengatakan perkaitan ini perlu lebih banyak lagi kajian dan bukan semua penyelidikan mendatang hasil yang konklusif.

Kajian terbitan tahun 2005 dalam Clinical Nephrology melihat kepada kesan pengambilan soya ke atas fungsi renal pada remaja yang menghidapi type 1 diabetes. kesemua subjek makan soya selama 8 mminggu dan kemudian 8 minggu diet tanpa soya. Penyelidikan tersebut menunjukkan memakan soya dapan membantu fungsi renal. Dan tambahan ia dapat merendahkan kolestrol merbahaya sehingga 7-9 peratus.

Amaran
banyak produk soya mengandungi sodium, fosforus dan potassium. 3 khasiat ini perlu dikawal jika dibawah diet untuk renal. soya banyak dalam bentuk dan berkemungkinan memberi kesan buruk kepada pesakit buah pinggang. Antara bentuk soya adalah seperti miso, natto, tepung soya, kacang soya, keju soya dan lain lain lagi.

anda tidak perlu menjauhi makanan soya yang ada sodium, potassium dan fosforus yang tinggi, tetapi anda perlu menghadkan saiz hidangan. contohnya untuk keju soya, hadkan sehingga 3 oz, kacang soya, 1/4 cawan, dan daging palsu dibawah 500mg seperti diterangkan oleh Brookhyser.

Produk soya yang mempunyai kebaikan
soya terbaik adalah seperti tofu, tempeh dan susu soya. Brookhyser mengatakan susu soya mengandungi separuh amount fosforus dalam susu biasa.

Energizing Soy Protein (ESP)
Apakah beza ESP dengan Soya? ESP adalah susu tepung berasaskan soya yang non GMO. (kurang potassium, fosforus dan sodium). Kandungan glisemik yang rendah adalah sgt sesuai untuk pesakit yang mempunyai masalah diabetes. ESP mengandungi asid amino yang seimbang iaitu 9 jenis asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan. ESP merupakan makanan yang boleh mengenyangkan untuk aktiviti sepanjang hari. Protein soya dalam ESP merupakan sumber aternatif tenaga selain dari karbohidrat dan membuatkan diri anda lebih bertenaga sepanjang hari.


Rujukan
American Association of Kidney Patients: Soy -- A Protein Option
Asian Pacific Journal of Clinical Nutrition: Benefiical Effects of Soy Protein for Renal Function
PubMed.gov: Effect of Soy Protein-rich Diet on Renal Function in Young Adults with Insulin-Dependent Diabetes Mellitus
http://www.livestrong.com/article/281681-soy-protein-kidney-function/#ixzz2I3WeJih7
0 Komentar untuk "Diabetes: Soya dan Buah Pinggang "
Back To Top