Mangsa banjir di Pahang dan Trengganu masig lagi berhempas pulas
meneruskan kehidupan menghadapi dugaan ini. Aku doakan semoga mereka
semua selamat dan ura-ura gelombang kedua diharap tidak berlaku.
Manakala di Johorpula, banjir semakin surut dan pada masa ini, lagi
banyak kerja yang harus dilakukan iaitu mengemas segala barangan yang
musnah ditenggelami air. Ini termasuk kereta anda.
Dibawah ini saya kongsikan beberapa petua yang diberikan oleh rakan saya
bagaimana meminimumkan kerosakan kereta yang ditenggelami air.
Kalau kenal sesiapa terlibat banjir, tolong share TIPS KALAU KERETA KENA BANJIR
Kereta Tenggelam Sebab Banjir??? JANGAN SESEKALI START...!!
Kita tidak tahu bila musibah menimpa...
Contohnya kenderaan kesayangan kita dan akhirnya, ia ditenggelami air.
Anda jangan risau, ia masih lagi boleh digunakan!
Selepas banjir surut, periksa kereta anda.
Sekiranya keseluruhan kereta anda tenggelam termasuk enjin dan bahagian dalam kereta,
JANGAN SESEKALI CUBA HIDUPKAN ENJIN KERETA!!!
Tindakan ini biasanya akan dilakukan oleh ejen-ejen bengkel atau kereta penunda. Sebabnya supaya tuan punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan enjin kereta, aliran elektrik akan mengalir dan mengakibatkan litar pintas pada kotak komputer.
Tindakan ini biasanya akan dilakukan oleh ejen-ejen bengkel atau kereta penunda. Sebabnya supaya tuan punya kereta terpaksa membayar lebih tinggi untuk membaiki kereta kerana apabila anda cuba menghidupkan enjin kereta, aliran elektrik akan mengalir dan mengakibatkan litar pintas pada kotak komputer.
Ini berlaku kerana masih terdapat saki baki air di dalam alat berkenaan, dan jika ia berlaku, alat tersebut terpaksa diganti. Kos untuk sebuah kotak komputer adalah lebih kurang RM1000 - RM1500 bergantung kepada jenis kereta, cc dan pilihan pengguna
Tindakan ini juga akan menyebabkan kesemua sensor
yang biasanya akan beroperasi semasa kita menghidupkan enjin terbakar.
Biasanya satu sensor harganya tidak berapa mahal tetapi kesan daripada
sensor yang tidak berfungsi boleh menyebabkan kos yang tinggi.
Kita ambil contoh, sensor untuk mengesan atau untuk mengarah minyak
kotak gear (gearbox) mengalir dengan baik di dalam kotak gear apabila
tidak berfungsi akan menyebabkan pengagihan minyak gearbox tidak sekata
dan paling lama gearbox tersebut boleh berfungsi dengan baik adalah 2 hingga 3 bulan.
Selepas itu, keseluruhan gearbox terpaksa diganti (harga untuk gearbox baru wira 1.6 auto adalah lebih kurang RM7000).
Ini adalah salah satu sebab kenapa apabila kita membeli kereta baru, waranty
kereta akan termansuh apabila kita mengubahsuai sistem elektirk kereta
termasuk sistem audio kereta kerana apabila sensor tidak menerima jumlah
elektrik yang cukup, ia tidak dapat berfungsi dengan baik dan peralatan
yang berkaitan dengannya akan rosak.
Jadi beringatlah, jangan sesekali berikan kunci kereta anda kepada
mekanik ataupun ejen bengkel sehingga dipastikan kotak komputer dan
sistem pendawaian elektrik dikeringkan sepenuhnya.
Ia tidak akan rosak walaupun ditenggelami air!!!!
Ia tidak akan rosak walaupun ditenggelami air!!!!
Jom SHARE untuk maklumat bersama..
Kalau salah tolong betulkan.....
Tag :
Permotoran,
Sharing is Caring