Al kisah persepsi nikah di Malaysia dan kritikan yang bakal diterima ==
1) Lelaki Muda, Wanita Tua -
- Dah tua xsedar diri, macam dh takde lelaki lain (Perempuan)
- Muda pun berkenan kat org tua, buta mata ke? macam la takde wanita muda nak dibuat bini (lelaki)
2) Lelaki Tua, Wanita Muda -
- Yang tua gak dia berkenan, mcm xde lelaki muda. Ni Mesti kes nak harta pusaka ni (Perempuan)
- Dasar miang dan gatal. Asal nampak dahi licin jer laju nak buat bini (Lelaki)
3) Si Lelaki Duda atau Si Wanita Janda
- Dah macam takde lelaki bujang kau nak buat suami. duda gak yang dicari (perempuan)
- Bodoh betol bujang hensem bergaya nak kawin dengan janda. bangang ke ape.
4) Pasangan Sebaya
- Elok Biar perempuan lagi muda. Tak beberapa bagus nikah sebaya ni
5) Suami Orang
- Ni perampas. wanita amcam ni tak guna memporak perandakan rumah tangga orang.
-dia tak faham ke perasaan kaum dia sendiri? dah macam takde lelaki bujang nak dibuat suami
6) Nikah Awal
- Muda lagi nak menikah, ni konfem ada kes. mampu ke nak sara hidup anak orang & menjalankan tanggungjawab?
- Konfem tak lama menikah, sikit lagi bercerai la. Tak Percaya kita tunggu
7) Nikah Lambat
- Tu la, memilih sangat. Mana la nak kawin. Patut pun tak laku
7) Poligami
- Gatal, nak mampus tak cukup satu.
*Kesimpulan mulut bangsa melayu bab nikah memang ada kecelakaan disana. tak suka tengok orang bahagia. Mungkin mereka lebih rela lihat scandal, bersekedudukan, lahirkan anak haram dari buat benda halal.
walaupun bukan semua, kumpulan minoriti ni la perosak masyarakat. Ini mungkin berlaku kerana kita sering disajikan dengan input-input yang tidak baik oleh media tentang perkahwinan. Maka secara tidak langsung minda dan saraf bertindak refleks terhadap sesuatu yang berlaku. Ianya seumpama kita belajar 2 + 2, jika dulu kita pasti akan mengira satu persatu menggunakan jari-jari, namun kerana refleks kini kita tidak perlu lagi mengira satu persatu.
Penggunaan media adalah dakyah YAHUDI untuk memesongkan Aqidah Islam, kerana mereka tidak mungkin memenangi peperangan dengan ISLAM namun inilah salah satu propaganda mereka iaitu menyerang ISLAM melalui ISLAM, kita harus berhati-hati dalam hal ini.
Pernikahan adalah sesuatu yang mulia yang dibenarkan oleh syara’
Nikah dari segi bahasa ialah bersatu dan berkumpul. Kata sesetengah orang arab: “ Pokok-pokok itu bernikah”, Ia bermaksud pokok-pokok itu condong dan berhimpun rapat di antara satu sama lain.
Dari segi syarak, nikah ialah suatu akad yang menghalalkan istimta’ ( bersetubuh/ berseronok-seronok) di antara suami isteri dengan cara yang dibenarkan oleh syarak. Ia dinamakan nikah kerana ia mengumpulkan dua manusia dan menyatukannya di antara satu sama lain.
Orang arab menggunakan perkataan nikah dengan makna akad, juga dengan makna persetubuhan serta berseronok-seronok. Walaupun begitu, makna hakiki bagi kalimah nikah ialah akad dan makna secara simboliknya (majaz) ialah persetubuhan.
Kalimah 'apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang beriman' dalam ayat di atas bermaksud kamu mengadakan akad perkahwinan dengan perempuan yang beriman. Ini berpandukan firman Allah selepas ayat itu yang bermaksud: ' kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhnya'. Maksud menyentuhnya ialah menyetubuhinya.
"Maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai dua, tiga atau empat. Tetapi jika kamu tidak dapat berlaku adil diantara isteri-isteri kamu, maka hendaklah kamu berkahwin seorang sahaja." (An-Nisa: 3)
"Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)
"Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula." (An Nur: 26)
"Isteri-istei kamu adalah seperi kebun tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah kebun tempat kamu bercucuk tanam itu bagaimana sahaja yang kamu kehendaki." (Al Baqarah: 223)
"Dan kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu, hanya kepada -Ku-lah tempat kembalimu (Luqman:14)
"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
- Rasulullah SAW pernah mengingatkan sesiapa yang berkemampuan tetapi enggan untuk berkahwin melalui sabdanya, "Kamu berkata begitu, ingatlah demi Allah sesungguhnya aku adalah orang yang paling takut kepada Allah dan yang paling taqwa kepada-Nya, tetapi aku berpuasa dan kadangkala tidak berpuasa; aku sembahyang dan aku tidur; dan juga kahwin dengan perempuan. Barangsiapa tidak suka dengan sunnahku, dia bukanlah pengikutku".
- Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat".
- Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu."
- Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, Sejahat-jahat jamuan ialah jamuan walimah (perkahwinan) yang mengundang orang-orang kaya dan meninggalkan orang-orang yang fakir. (riwayat Bukhari & Muslim)
- Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Wanita yang paling banyak mendapat kurnia ialah wanita yang murah mas kahwinnya, yang senang nikahnya dan baik budi pekertinya. Dan wanita yang jahat ialah wanita yang mahal mas kahwinnya, payah nikahnya dan yang buruk budi pekertinya.
- Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah)
- Diharamkan atas kamu mengahwini ibu-ibu kamu, anak-anak perempuan kamu, saudara-saudara perempuan kamu, saudara-saudara perempuan bapa kamu, saudara-saudara perempuan ibu kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara lelaki kamu, anak-anak perempuan dari saudara-saudara perempuan kamu. (An-Nissa: 23)
- Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Hak suami atas isterinya (tanggungjawab isteri terhadap suaminya), bahawa isteri tidak boleh meninggalkan hamparan (tilam) suaminya, hendaklah menerima dengan baik pemberian suaminya, hendaklah taat pada perintah suaminya, tidak boleh keluar dari rumahnya kecuali dengan izin suaminya, dan tidak boleh membawa (membenarkan) orang yang dibenci oleh suaminya masuk ke dalam rumahnya." (riwayat Al-Tabrani)
- Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Bila isteri itu mengerjakan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan Ramadan, memelihara kemaluannya dan mematuhi suruhan dan larangan suaminya, maka akan dimasukkan dia ke dalam syurga." (riwayat Abu Hurairah)
- Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Tiga perkara yang dilakukan dengan bersungguh-sungguh dianggap bersungguh-sungguh, dan yang dilakukan dengan gurauan (main-main) akan menjadi sungguh-sungguh iaitu nikah, talak dan rujuk.
- Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, " Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti." (riwayat Abu Asakir).
- Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada disampingmu, barangsiapa tidak memerintahkan agar isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia telah berkianat kepada Allah dan Rasul-Nya.
- Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya apa yang dilakukan oleh Rasullulah SAW dalam rumahtangganya? Jawab Aisyah: Nabi SAW biasa membantu kepentingan keluarganya. Menyapu rumah, menjahit baju yang koyak, memperbaiki sepatu dan memerah susu kambing. Bila tiba waktu solat tiba baru baginda berhenti, kemudian menunaikan solat."
- Terdapat beberapa cara untuk menggauli isteri secara baik antaranya tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya di hadapan masyarakat umum. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, Rasulullah SAW bersabda, "Seburuk-buruk manusia disisi Allah pada hari Kiamat adalah seorang lelaki yang menceritakan hubungan dengan isterinya dan isteri yang berhubungan dengan suaminya lalu menyebarluaskan rahsia mereka."
- Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, "Perbaikilah wanita, kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Paling bengkoknya tulang rusuk itu adalah di bahagian atasnya. Jika meluruskannya terlalu keras., maka ia akan pecah. Dan jika dibiarkan, maka ia akan tetap bengkok. Maka perbaikilah wanita itu dengan cara yang baik.
Siapakah kita hanya manusia biasa mahu menghukum pernikahan individu lain hanya kerana bebarapa sebab, kerana Yang Maha Mencipta yang menciptakan manusia itu sendiri lebih mengetahui apa yang tidak kita ketahui disebalik apa yang berlaku.
0 Komentar untuk "Persepsi Nikah di Malaysia"