Blog url: Kupukupukecik.blogspot.com
Nuffnang Featured Blogger for the month of June 2013
Assalamualaikum & Yuhooo! ♥ Kehadapan yang sudi baca, dari yang sudi sangat-sangat menaip untuk ini, saya Yuyu Zulaikha peminat number satu tak pernah number dua mahupun tiga belog Kupukupukecik.blogspot.com. Terutama sekali sebelum panjang panjang taip, terima kasih Nuffnang untuk bagi peluang amat terharu macam ni. Yuyu dapat invitation sebagai Featured Blogger of the Month dari Nuffnang seminggu sebelum harilahir Yuyu yang ke 24, jadi Yuyu consider ini sebagai hadiah hari lahir Yuyu dari Nuffnang.Okay, kali ni terharu kuasa enam puluh lapan.
Sebagai seorang yang telah diterapkan sebagai Pencinta Diri Sendiri, Yuyu amat bersyukur menjadi anak Langkawi yang selalu dikelilingi rakan bila mana nak balik kampung. Nak coklat murah lettew. Tahu. Gembira menjadi seorang berketinggian 140cm selepas dibundarkan dan menganggap itu sebagai keunikan tahap gaban. Pertama sekali, kenapa Yuyu berbelog dan bagaimana Yuyu meneruskan kehidupan norma sebagai seorang blogger?
Hobby dikala senggang dan tak senggang.
Yuyu suka berbelog dan sangat bersyukur dengan kehidupan yuyu dengan belog. Walaupun mulanya masa zaman nak up up dulu (2008), belog adalah benda swag yang wajib ada link di Myspace. Budak budak kan. Padahal post lirik lagu, lepas tu merapu dengan emosi budak budak. Bila awal 2011, Yuyu makin ngada zerious nak berbelog. setiap hari update pasal life di kolej, pasal apa yang Yuyu suka, pendapat dan aktiviti yang menarik untuk dibaca. Menarik kah masalahnya?
Dari situ, banyak pula sokongan dari pembaca belog Yuyu. Ramai yang comment positif pasal belog Yuyu, makin la rasa nak update setiap saat. Mampu? Terima kasih semua yang sudi baca. Kalau tak sebab pembaca belog Yuyu, mungkin sekarang Yuyu tengah update entry lirik lagu Big Bang kot. -.-’ Dengan sebab berbelog juga, Yuyu banyak dapat peluang yang banyak orang lain mungkin idamkan. Alhamdulillah. Seperti :
Tivi
Cover Majalah
Modelling.
Event
dan banyak lagi la. Boleh baca di belog yuyu lagi. Dunia belog juga, banyak ajar Yuyu dalam menjadi lebih displin, berfikiran terbuka, sabar dan usaha lebih. Maki hamun, tak cukup masa rehat, kena brainwash pasal attitude dalam berbelog, sikit sebanyak buat Yuyu jadi lebih ‘manusia’. Dulu manusia level 21, sekarang up la sikit, level 305. Haa Candy crush sangat level level bagai. Satu tips dari manusia noob ini, untuk meneruskan bestnya dunia belog, adalah chillek lebih, dan cari sendiri keseronokan dalam apa yang kita buat. Dari situ, takde lah satu komen negetif dari anon buat kita merana seumur hidup. Haa kauu. Dan buat la apa yang kau suka, selagi menjadi diri sendiri.
ya. kita bercakap mengenai buat lah apa yang kau suka.
Juga, Nuffnang, banyak bagi peluang kepada Yuyu untuk menikmati zaman kegemilangan muda mudi. Cececeee. Sejak Yuyu join Nuffnang, hingga sekarang, apa yang Yuyu dapat cuma perasaan dihargai. Rasa penat lelah berbelog, banyak terbayar dengan adanya Nuffnang. Dan sebab tu, sampai sekarang Yuyu tak rasa ada yang lebih best dari join Nuffnang. I Heart You, Nuffnang Team ♥
Dengan Nuffnang, banyak kawan baru, knowledge baru, dan kehidupan baru. Mengipas hingga hangit gitu.
Tapi, realitinya, macam tu la. Dan ni, event Nuffnang paling takkan boleh lupa.
Apapun, terima kasih ALLAH untuk semua rezeki ni, terima kasih Nuffnang selalu bantu dalam dunia belog, dan terima kasih kepada yang selalu sudi membaca Kupukupukecik.blogspot.com. Sayang sampai pejam mata! Untuk yang baru mengenali Yuyu, Yuyu amat berbesar hati kerana sudi baca semua ni, dan bolehlah follow INSTAGRAM, TWITTER, PAGE dan IMOTIV Yuyu untuk update lebih segera. Ihiks ^^
Terima kasih sudi baca :)
0 Komentar untuk "YUYU Zulaikha - Nuffnang Featured Blogger for the month of June 2013"