This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

RM 5000 Menutup Mulut – Rogol Gadis 13 Tahun

KOTA KINABALU — Seorang pengurus restoran yang sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen merogol gadis bawah umur hari ini dihadapkan ke Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu kerana memberi rasuah kepada bapa mangsa pada April lepas.

Riduan Masmud, 40, yang menghadapi tiga pertuduhan rasuah, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan itu. Dia didakwa melakukakan kesalahan itu sebagai dorongan supaya gadis itu membuat laporan polis bagi menarik balik aduan bahawa dirinya telah dirogol.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa menawarkan kepada bapa mangsa wang sebanyak RM5,000 di luar pondok pengawal, Institut Sinaran, Jalan Tuaran Bypass dekat sini antara pukul 9 malam hingga 10 malam pada 18 April lepas.

Bagi pertuduhan kedua pula Riduan didakwa memberikan wang sebanyak RM2,000 kepada bapa gadis itu di tempat, waktu dan hari sama.

Dia juga didakwa memberikan wang tunai RM3,000 kepada orang yang sama di Kantin Naga Emas, Jalan Tuaran Lama dekat sini antara pukul 11 malam hingga 12 malam pada hari yang sama.

Riduan didakwa melakukan kesemua kesalahan itu mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM Mukhriz Mat Arus menawarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan itu.

Bagaimanapun, peguam Loretto S Padua yang mewakili Riduan memohon jaminan itu dikurangkan kerana anak guamnya telah digantung kerja sejak siasatan kes rogol itu selain menanggung dua orang isteri dan empat anak.

Hakim Caroline Bee Majanil membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 bagi kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Jun untuk sebutan kes. Riduan sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen merogol gadis yang berusia 12 tahun enam bulan dalam kereta yang diparkir di tepi jalan di Inanam, Sabah pada kira-kira 10 pagi, 18 Feb lepas. — Bernama

0 Komentar untuk "RM 5000 Menutup Mulut – Rogol Gadis 13 Tahun"
Back To Top