This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Destinasi Popular Honeymoon

5 Tempat Popular yang menarik untuk Honeymoon ialah :
1) Cameron Highland Pahang

wah siapa tak suka tempat yang sejukkan..tempat untuk memanaskan badan hehehehehhe memang sesuai untuk beromantika di atas nie..macam-macam aktiviti boleh dilakukan Boleh pergi ke Ladang teh, ladang strawberry, ladang bunga, ladang sayur-sayurang.. sambil berjalan-jalan sambil berpegangan tangan sambil mulut makan buah strawberry, memang romantik.

2) Pulau Langkawi, Kedah

Langkawi memang tempat menarik untuk dikunjungi..pada mereka yang nak privasi boleh menginap hotel mengadap laut..dan boleh buat pelbagai aktivi berdua di pantai tanpa ada gangguan dari orang lain.sebelum balik jangan lupa untuk singgah ke Kuala Kuah untuk membeli pelbagai jenis kraf untuk hiasan di rumah.

3) Pulau Redang, Terengganu

Pada mereka yang cintakan aktiviti menyelam, Pulau Redang adalah tempatnya. Aktiviti menyelam boleh dilakukan di pulau-pulau kecil berhampiran pulau redang. Berjalan kaki di pasir pantai yang putih dapat menghangatkan percintaan orang yang baru berkahwin.

4) Genting Highland, Pahang

Percutian ala Disneyland, pada mereka yang sukakan aktiviti mencabar, Genting Highland adalah tempatnya. Boleh menaiki roller coaster bersama pasangan untuk melihat sejauh mana tingginya pasangan bercinta..

5) Bukit Tinggi, Pahang

Bukit Tinggi atau Berjaya Hills Resort adalah tempat sejuk yang amat sesuai untuk pasangan baru berkahwin. Tempatnya yang seakan berada di luar negara, dengan reka bentuk bangunannya amat menarik.

Selamat Ber”HONEYMOON”…

0 Komentar untuk "Destinasi Popular Honeymoon"
Back To Top