Langkawi
merupakan salah satu pulau yang paling terkenal dan paling popular di
Pantai Barat Malaysia. Menggabungkan tarikan sejarah, kehidupan malam
yang menarik, keindahan pantai, aktiviti-aktiviti menarik serta aktiviti
membeli-belah, pulau bebas cukai ini adalah tempat paling sesuai untuk
bercuti. Banyak pantai Langkawi yang di undi antara yang terbaik di
dunia sementara jalan raya di Langkawi adalah amat mudah untuk memandu
dan mencari arah dan sepanjang perjalan anda akan disajikan dengan
pemandangan indah. Antara aktiviti/tempat menarik di Pulau Langkawi
adalah:
1. Pantai-Pantai di Langkawi
Antara pantai yang menjadi tumpuan adalah Pantai Chenang, Pantai
Tengah, Pantai Beras Basah dan Pantai 'Airport'. Pantai Chenang adalah
pantai yang selalu meriah sama ada di siang hari mahupun di malam hari.
Kerana di Pantai Chenang telah menjadi tumpuan pengunjung untuk
bermandi manda dan banyak sukan air ditawarkan disini seperti
parasailing, banana bot dan jerski. Pantai Tengah juga mempunyai daya
tarikan seperti Pantai Chenang. Manakala Pantai Beras Basah yang
terletak di Pulau Beras Basah mempunyai pasir dan air yang lebih cantik
berbanding kedua-dua pantai yang diyatakan diatas. Pantai 'Airpot' pula
masyur dikalangan pengunjung kerana menyajikan asam laksa yang sedap
disamping anda disajikan pemandangan pantai yang cantik berserta
landasan kapal terbang.
2. Cable Car & Skybridge
Cable
Car di Langkawi merupakan cable car yang tertinggi di Malaysia dan
anda akan mengambil masa selama 20 minit untuk sampai ke puncak Gunung
Mat Chinchang. Anda akan disajikan pemandangan indah dan sekiranya anda
menaiki cable car pada waktu petang anda juga akan dapat melihat
pemandangan matahari terbenam.
3. Dataran Lang
Dataran
Lang adalah tempat wajib untuk dikunjungi oleh pengungjung untuk
bergambar sebagai kenang-kenangan. Terletak berhampiran Jeti Pekan Kuah,
'Helang' ini seolah-olah menyambut kedatangan pengunjung ke Pulau
Langkawi.
4. Jetty Awana Poto Malai
Jetty
Awana Poto Malai yang terletak di pertengahan jalan ke 'Cable Car' juga
selalu mencuri tumpuan pengunjung kerana menawarkan pemandangan
kapal-kapal layar yang belabuh di Langkawi. Jetty ini juga menempatkan
bot yang digunakan oleh Dato' Azhar Mansor iaitu 'Jalur Gemilang Yacht'
untuk mengelilingi dunia.
5. Kilang Gamat
Terdapat
dua kilang gamat yang terkenal di Pulau Langkawi iaitu Kilang Gamat
Warisan dan Kilang Gamat Nusantara. Kedua-dua kilang gamat ini terletak
di pertengahan jalan dari Pekan Kuah ke Pantai Chenang. Disini anda
boleh mendapatkan pelbagai produk gamat pada harga yang murah dan
mutunya yang dijamin oleh pengeluar.
6. Pekan Kuah
Sekiranya
anda ke Pulau Langkawi, tidak lengkap rasanya anda tidak mengunjungi
Pekan Kuah kerana disini terdapat pelbagai tempat untuk membeli belah.
Memandangkan Pulau Langkawi merupakan pulau bebas cukai, pelbagai
barangan yang ditawarkan mempunyai harga yang jauh lebih rendah
berbading di Tanah Besar. Antara tempat membeli belah yang selalu
menjadi pilihan pengunjung yang terletak di Pekan Kuah adalah Idaman
Suri, Langkawi Saga, Haji Ismail Group dan lain-lain lagi,
7. Kampung Air Hangat
Selain
keindahan pantai dan pulau, Langkawi juga menawarkan "Hot Spring" nya
yang tersendiri yang terletak di Kampung Air Hangat. "Hot Sprin" ini
sesuai sekiranya anda ingin melepaskan penat mengelilingi pulau. Disini
juga ditawarkan seni lukisan batik, tarian asli Melayu, makanan-makanan
melayu dan perlbagai lagi.
8. Restoran Jom Ikan Bakar
Restoran
Jom Ikan Bakar ini yang terletak di Padang Mat Sirat menawarkan pelbagi
lauk-pauk, ulam - ulaman dan yang paling penting ikan-ikan bakar yang
segar serta sedap. Restoran ini yang dibuka setiap hari sentiasa penuh
dengan pengunjung. Kami cadangkan supaya anda ke sana terlebih awal bagi
mengelakkan anda tidak tidak makan berdiri.
9. Restoran Makanan Laut
Pergi
ke pulau sudah menjadi kelaziman untuk para pengunjung mencari makanan
laut yang segar. Antara restoran yang menawarkan pelbagai pilihan
makanan laut seperi ikan, sotong dan udang adalah Restoran Bamboo,
Restoran Fish Farm dan Restoran Amin Thai. Restoran Bamboo dan Restoran
Fish Farm yang terletak bersebelahan antara satu sama lain terletak di
Pantai Beringin, Pekan Kuah. Manakala Restoran Amin Thai pula terletak
di Pekan Kuah.
10. Kilang Batik di Langkawi
Batik
merupakan salah satu tarikan pengunjung ke Pulau Langkawi. Kilang batik
ini terletak di pertengahan jalan antara Pekan Kuah dan juga Pantai
Chenang dan terletak berhampiran dengan kilang gamat Nusantara. Di sini
pelbagai corak dan motif batik yang boleh didapati dan dibeli oleh
pengunjung pada harga yang murah.
0 Komentar untuk "10 Tempat menarik di Langkawi!!"