This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

PRU13: Pelabur ambil sikap tunggu dan lihat

Mukhriz Tun Dr Mahathir
Mukhriz Tun Dr Mahathir

KUALA LUMPUR - Pelabur asing mengambil sikap tunggu dan lihat menjelang pilihan raya umum akan datang di Malaysia sebelum melabur dalam negara ini. Bagaimanapun, sentimen pelabur masih kukuh apabila pelaburan dilulus bernilai berbilion-bilion ringgit ditangguhkan dahulu  sehingga pilihan raya umum selesai, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Paduka Mukhriz Tun Dr Mahathir. Bercakap kepada pemberita di Minggu Halal Dunia di sini, hari ini, beliau berkata pelabur mahu melihat kesinambungan dasar  sebelum melabur di Malaysia.

"Mereka mahu memastikan terlebih dahulu keputusan pilihan raya adalah kondusif, saya rasa mereka mahu melihat Barisan Nasional kembali memerintah sebelum membawa masuk pelaburan mereka," katanya selepas majlis penutupan rasmi pameran  tersebut hari ini.

Tahun ini, Minggu Halal Malaysia diperkenalkan sebagai Minggu Halal Dunia yang terdiri daripada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia dan Persidangan Minggu Halal Dunia 2013. Persidangan dua hari itu yang berakhir hari ini menumpukan kepada perbincangan isu-isu dan berkongsi kemajuan baharu dalam penyelidikan halal, inovasi dan penggunaannya dalam perniagaan.

Sementara itu dalam ucapan beliau, Mukhriz berkata pengeksport tempatan perlu berusaha untuk mematuhi standard yang diterima antarabangsa untuk kekal kompetitif dan relevan dalam pasaran global.

"Oleh kerana cita rasa dan keutamaan pengguna semakin canggih, penting bagi pengeksport untuk membuat inovasi dan membangunkan produk khusus," katanya.

Dengan menyerapkan nilai halal dan mematuhi standard halal, Mukhriz berkata, pengeksport boleh memenuhi keperluan pasaran baharu dan sedang muncul serta harapan pengguna.

Tag : Ekonomi, PRU-13
0 Komentar untuk "PRU13: Pelabur ambil sikap tunggu dan lihat"
Back To Top