This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Program Matrade catat jualan RM411j

MatradeMISI Belian Baru (IBM) anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) yang berakhir 2 April lalu mencatat jualan RM411.32 juta, iaitu peningkatan 9.87 peratus berbanding tahun lalu.

Syarikat dari China mencatat jumlah belian tertinggi iaitu 51.82 peratus daripada RM411.32 juta, diikuti Korea Selatan (7.55 peratus) dan Taiwan (7.05 peratus).

"Barangan utama dibeli peniaga dari China adalah makanan siap seperti biskut, minuman, produk farmaseutikal dan kosmetik sementara pembeli Korea Selatan pula mendapatkan produk seperti minyak masak," menurut Matrade dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut Matrade, produk makanan siap mencatat hasil jualan RM264 juta manakala minuman berada di tempat kedua dengan hasil jualan RM49 juta. Selain itu, produk minyak kelapa sawit turut mencatat jualan RM29 juta dan barangan farmaseutikal, barangan mandian dan kosmetik mencatat RM24 juta.

Program dalam bentuk pertemuan perniagaan yang diadakan sempena Pameran Halal Antarabangsa ke-10 (Mihas 2013) di Kuala Lumpur itu dihadiri 353 pembeli dari 53 negara dengan penyertaan 15 negara Islam.

Tag : Ekonomi
0 Komentar untuk "Program Matrade catat jualan RM411j"
Back To Top