This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Parti terima hati terbuka Ibrahim Ali guna tiket BN

Kota Bharu: UMNO bahagian Pasir Mas sedia memberi laluan kepada Datuk Ibrahim Ali( jaguh katak lompat) bertanding kerusi Parlimen Pasir Mas pada PRU-13.

Ketuanya, Datuk Hanafi Mamat, berkata jika mendapat persetujuan pucuk pimpinan UMNO berhubung perkara itu, beliau akan menyokong sesiapa saja calon yang dipilih untuk bertanding di Parlimen itu asalkan menggunakan tiket Barisan Nasional (BN), walaupun individu berkenaan mungkin calon Bebas.

Sekiranya pucuk pimpinan parti memberi peluang kepada Ibrahim untuk bertanding menggunakan tiket BN, kami menerima dengan hati terbuka” Hanafi Mamat, Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas

“UMNO Pasir Mas difahamkan, Ibrahim Ali akan bertanding di Parlimen ini, namun belum pasti sama ada menggunakan tiket BN atau Bebas. Sekiranya pucuk pimpinan parti memberi peluang kepada Ibrahim untuk bertanding menggunakan tiket BN, kami menerima dengan hati terbuka.

Kebaikan parti

“Tidak timbul isu marah atau dengki mengenai calon itu kerana saya percaya apa saja keputusan yang dibuat pucuk pimpinan adalah untuk kebaikan parti. Kami tidak mempunyai sebarang halangan berhubung isu berkenaan, sebaliknya akan membantu berkempen sebaik mungkin bagi memastikan kemenangan berpihak kepada BN,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Ibrahim mengesahkan akan bertanding di Parlimen Pasir Mas dalam PRU-13, namun enggan menyatakan sama ada atas tiket bebas atau parti lain.

Bagaimanapun, katanya, jika diberi peluang bertanding untuk BN seperti harapan Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau bersyukur kerana mahu meneruskan perjuangan membela rakyat dan membangunkan Pasir Mas.

Mengenai namanya turut dicalonkan untuk bertanding pada PRU-13, Hanafi berkata, sehingga kini belum menerima apa-apa maklumat mengenainya.

“Fokus saya kini adalah pembangunan di daerah Pasir Mas.... sesiapa saja yang menjadi calon sama ada untuk Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), saya hanya mahu mereka memberi tumpuan kepada kebajikan rakyat di daerah ini,” katanya.

Tag : PRU-13
0 Komentar untuk "Parti terima hati terbuka Ibrahim Ali guna tiket BN"
Back To Top