This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Banda Hilir, Melaka

Zaman kegemilangan Melaka yang berlatarbelakangkan pelbagai kisah dan kesan sejarahnya telah meletakkan Melaka sebagai negeri yang mesti di lawati. Sejarahnya yang melampaui 750 tahun jelas terbukti dengan kewujudan bangunan bersejarah yang lama, jalan-jalan yang menarik, kelazatan makanan dan warisan budaya yang unik.
Sejarah Melaka bermula dengan kedatangan Parameswara, seorang putera Hindu yang dibuang oleh Kerajaan Sri Vijaya di Sumetera. Beliau yang kemudiannya menganut Islam dengan menggunakan nama Raja Iskandar adalah pemerintah pertama yang menandakan permulaan zaman Kesultanan Melaka.
Tempat-tempat dan kesan-kesan peninggalan purbakala jelas menggambarkan sejarah silam Melaka. Antara warisan sejarah yang terkenal adalah di Bandar Hilir yang menempatkan begitu banyak tapak-tapak warisan sejarah hingga telah di iktiraf sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO.
Porta de Santiago (A'Famosa)
Antara warisan sejarah yang sering jadi tumpuan pelancong
Porta de Santiago merupakan sebuah kubu lama yang dibina oleh Laksamana Portugis, Alfonso d'Albuquerque pada tahun 1511.
Sebahagian besar kubu berkenaan telah musnah diserang Belanda pada tahun 1641 tetapi telah dibaik pulih oleh Sir Stanford Raffles pada tahun 1808 dan kekal sehingga sekarang.
Gereja St. Paul
Gereja St. Paul dibina oleh Portugis
Gereja ini dibuka oleh seorang Kapten Portugis bernama Duarte Coelho pada tahun 1521. Gereja ini kemudiannya di namakan Gereja St. Paul oleh pihak Belanda.
0 Komentar untuk "Banda Hilir, Melaka"
Back To Top