This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Baju Merah Meningkatkan Keyakinan Wanita

Januari 2013
London : Dua daripada setiap lima wanita percaya memakai pakaian atau sesuatu berwarna merah akan meningkatkan keyakinan profesional. Selain itu, sebanyak 29% pula mahu memakainya lebih kerap, lapor satu tinjauan Yayasan Jantung British.

Keputusan tinjauan membabitkan 1,000 wanita itu, mendapat sokongan pakar psikologi, Gayle Brewer dari Universiti Central Lancashire.

"Pakaian yang dipakai dan warnanya memang memberi impak besar kepada perasaan kita. Warna merah dikaitkan dengan keyakinan dan kuasa. Wanita nampaknya mahu memastikan bahawa mereka mengenakan pakaian merah terbaik bagi memastikan kehadiran di pejabat mendapat perhatian orang lain," kata Dr Brewer yang dipetik akhbar Daily Telegraph.

Seorang daripada setiap 10 responden wanita di dalam tinjauan itu berkata, mereka akan memakai pakaian merah untuk mewujudkan rasa kagum rakan sepejabat. Pada masa sama, 26% lagi menyatakan, sedikit sentuhan gincu berwarna merah di bibir, mampu meningkatkan keyakinan.

Keadaan ini juga berlaku di kalangan selebriti apabila beberapa aktres termasuk Zooey Deschanel, Naomi Watts dan Jennifer Garner memakai gaun merah ketika menghadiri majlis anugerah Golden Globes di Beverly Hills, 13 Januari lalu.

0 Komentar untuk "Baju Merah Meningkatkan Keyakinan Wanita"
Back To Top