Untuk mendapat ruang "Buffered Earning" pada "Earnings" anda, pertama sekali anda haruslah dipilih oleh Pihak Pengiklan (Advertisers) kami untuk membuat kempen CPM bagi pihak mereka. Terdapat beberapa faktor yang menentukan peluang anda untuk dipilih untuk kempen CPM. Pihak Pengiklan (Advertisers) memilih blog yang mereka ingin iklankan berdasarkan beberapa faktor seperti berikut:
Disebabkan Pihak Pengiklan (Advertiser) senantiasa mempunyai
pasaran khusus untuk kempen mereka, maka mereka akan memilih blog yang mempunyai
pembaca blog yang berpadanan sebagai sasaran mereka. Jika pembaca blog anda
termasuk di dalam kategori itu, maka peluang untuk anda dipilih untuk mereka
adalah sangat tinggi. Kebanyakan bloggers yang tidak mengisi ruang 'survey' yang
disediakan dengan betul berkemungkinan tinggi mendapati blog mereka tidak
terpilih untuk mendapat kempen atau iklan daripada Advertisers. Ini kerana,
'survey' tersebut berfungsi untuk Advertisers kami mengenali isi kandungan blog
bloggers kami dengan lebih baik. Mana-mana blog yang tidak mengisi ruang
'survey' selalunya tidak akan diendahkan oleh Advertisers kami kerana mereka
tidak akan tahu jika kempen mereka bersesuaian atau tidak dengan isi kandungan
blog tersebut. Oleh itu, kami amat menggalakkan anda mengemaskini laman 'survey'
anda dari masa ke semasa untuk menaikkan peluang blog anda dipilih oleh
Advertisers kami.
Kebersanan penempatan iklan juga sangat penting dalam industri
pengiklanan. Pengiklan kami telah menghabiskan banyak wang untuk mencorakkan
iklan mereka dan membeli ruang iklan. Mereka perlu memastikan mesej yang ingin
mereka sampaikan kepada pasaran khusus mereka sampai dengan efektifnya. Oleh
itu, mereka senantiasa akan membeli ruang iklan yang hanya telah dioptimumkan
sepenuhnya dan diletakkan pada tempat yang berkesan. Kesimpulannya, anda hanya
perlu meletakkan unit iklan anda pada tempat yang sepatutnya dan faktor ini akan
memuaskan Pihak Pengiklan.
Sebagai contoh, sesuatu unit iklan "Skyscraper" seharusnya
menjadi elemen pertama di sidebar dan bukan di tempat lain. Hal yang sama juga
bagi unik iklan "Leaderboard" yang seharusnya menjadi elemen pertama yang dapat
dilihat di saat pengunjung masuk ke laman web anda. Manakala, unit iklan "Large
Rectangle" pula seharusnya ditempatkan betul-betul di bawah entri pertama anda.
Jika unit iklan blog anda tidak mengikut garis panduan yang telah dinyatakan
seperti di atas, hal ini akan banar-benar mempengaruhi keputusan Pengiklan untuk
memilih blog anda dan berkemungkinan tinggi menyebabkan mereka memilih blog
lain.
Selain itu, ruang unit iklan juga memainkan peranan penting
bagi Blogger untuk dipilih dalam sesuatu kempen. Semua Pihak Pengiklan kami
membuat pembahagian yang sama rata pada ketiga-tiga unit iklan kami iaitu,
Leaderboard, Skyscraper, dan Large Rectangle setiap kali mereka beriklan dengan
kami. Jika blog anda mempunyai kesemua 3 unit iklan di dalamnya, maka peluang
anda untuk terpilih bagi sesuatu kempen adalah amat cerah.
Keahlian eksklusif memainkan peranan dalam kempen iklan kerana
Pihak Pengiklan kami lebih cenderung untuk meletakkan iklan mereka pada
blog-blog berstatus Glitterati kerana ini merupakan sebahagian daripada program
hadiah kami untuk Bloggers kami yang paling setia dengan kami. Ahli biasa masih
akan dipilih untuk kempen tetapi dalam angka yang lebih rendah berbanding dengan
ahli Glitterati.
Oleh itu, anda perlulah mengambil semua inisiatif untuk
meningkatkan peluang blog anda untuk mendapat perhatian daripada Pihak
Pengiklan, dengan selalu mengemas kini blog anda, menempatkan unit iklan anda di
tempat yang betul, dll. Jika nasib menyebelahi anda, dan Pihak Pengiklan memilih
anda untuk kempen CPM mereka, maka peluang untuk anda mendapat beberapa angka di
ruang "Buffered Earning" adalah sangat cerah!
Good luck dan selamat berblogging!
Cheers,
Anne Cheah
Blogger Relations
Nuffnang Sdn Bhd
Tag :
Nuffnang,
OnlineEarn
0 Komentar untuk "Nuffnang "Buffered Earning""