This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

My Kad [Part II]

AlhamduliLLAH dan tahniah diucapkan kepada Kementerian Dalam Negeri kerana mengambil inisiatif untuk menambah baik mutu MyKad. Diharapkan MyKad yang baru ini lebih tahan (durable) berbanding MyKad terdahulu yang mudah pecah/ patah dan (pudar). Begitu juga dengan cip yang dimuatkan dalam MyKad semoga ada pembaharuan dari segi teknologi cip dan juga perisian.

Apa yang ingin dipersoalkan bukannya untuk memandang rendah JPN sebagai agensi yang bertanggungjawab mengeluarkan dokumen pengenalan rasmi rakyat Malaysia, namun adakah penggantian ini akan melibatkan soal kos yang perlu dikeluarkan oleh pemegang MyKad iaitu kos permohonan dan kos-kos lain yang terlibat.

Persoalan kedua yang menjadi pertanyaan adakah JPN mencipta dan memasang sendiri mesin yang digunakan dalam pengeluaran MyKad. Ini adalah penting sekiranya JPN mahu menjadikan MyKad adalah dokumen yang tidak boleh dipalsukan, Sekiranya JPN tidak mencipta dan memasang sendiri mesin untuk digunakan bagi mengeluarkan MyKad bermakna penyangak-penyangak diluar sana masih memiliki peluang untuk memalsukan dokumen berkenaan kerana tentunya mesin yang digunakan ada dipasaran tidak kira samada dipasaran terbuka ataupun pasaran gelap. Dari segi kos untuk memiliki mesin berkenaan tentulah tidak menjadi masalah kepada penyangak berkenaan kerana sememangnya mereka akan sanggup mengeluarkan modal yang banyak untuk memiliki mesin berkenaan yang boleh mendatangkan pulangan yang lumayan.

0 Komentar untuk "My Kad [Part II]"
Back To Top