This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Kenapa Aku Menjadi Blogger.

Sepatutnya ini adalah post yang pertama aku, namun sengaja aku tangguhkan sementara menunggu sehingga aku benar-benar yakin untuk menghantar post ini. Tidak terniat dihati aku untuk melukakan mana-mana pihak samada secara sengaja ataupun secara kebetulan, namun jika diimbau setiap post yang aku hantar takkan banyak sangat kebetulannya, maka dengan itu bolehlah ditafsirkan bahawa memang apa yang aku tulis ini sememangnya sengaja aku tuliskan dan coretkan walaupun gaya bahasanya bercampur aduk dan menyalahi peraturan penggunaan kata dan tatabahasa. Aku sedar akan semua itu.
Apa yang ingin aku katakan, aku tidak pernah berniat untuk menyakiti mana-mana pihak ataupun bermegah kerana tidak layak bagi aku untuk berjalan dimuka bumi Allah ini dengan bangga kerana aku hanya insan yang kerdil lagi lemah, dan apa yang aku miliki sekarang ini hanyalah pinjaman dariNya yang Maha Esa, Maha Kuasa dan Hanya Dialah yang Satu.
“Tiada Tuhan Yang Berhak Disembah Melainkan Allah”
Dengan setiap pinjaman dariNya aku mampu untuk mencoretkan beberapa coretan bukan untuk menandingi mana-mana Blogger yang telah dikenali samada didunia mahupun di Malaysia seperti BEN ASHAARI, REDMUMMY ataupun HANIS ZALIKHA yang sememangnya dikenali dan dikunjungi oleh ramai pembaca. Bukan niatku untuk menjadi popular ataupun famous, namun aku mencoret untuk mendidik, membimbing dan berkongsi apa yang aku tahu dan fikirkan.
Bukan niat untuk menyatakan aku tahu semuanya. Apa yang aku coretkan adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang aku lalui dan tempohi. Niatku cuma untuk menigimbangi kuasa bukan untuk berkuasa malahan jauh dari menjadi pemimpin kerana aku tidak sanggup untuk menanggung apa yang berlaku dan aku akan dipersalahkan ke atas setiap orang yang aku pimpin. Aku akan ditanya adakah aku telah melaksanakan tanggungjawab yang tertanggung ke atas diriku, sedangkan untuk diriku sendiri pun tidak tertanggung.
Bukan mudah untuk memimpin, bukan mudah untuk berkuasa, bukan mudah untuk memerintah, bukan sekadar dibayar wang yang banyak malahan berlebihan, tetapi mampukah aku untuk berdepan dengan tuhanku yang satu sekiranya aku gagal. Gagal untuk memimpin, gagal untuk memimpin mereka yang aku pimpin kejalanNya untuk mencari keRedhaanNya.
“Ya Allah, ampunilah hambamu ini, sekiranya ada kata-kataku dan perbuatanku menyinggung dan membuatkan mereka (manusia) terasa. Sesungguhnya aku adalah insan yang lemah, yang tidak memiliki apa-apa kecuali apa yang telah Engkau pinjamkan kepadaku dan akan Engkau tarik balik dariku. ”
Berkuasa, bukannya beerti kita berkuasa. Sedarlah kekuasaan itu adalah pinjaman dariNya yang Maha Esa. Aku disini hanya untuk mengingatkan barangkali ada yang sudah terlupa tentangNya.
Tag : Sosial
0 Komentar untuk "Kenapa Aku Menjadi Blogger."
Back To Top