New
York : Seorang remaja lembam berusia 15 tahun dirogol di bawah meja di
dalam kelasnya, biarpun ketika kejadian gurunya hanya berada beberapa
kaki daripada tempat tersebut.
Remaja yang hanya
dikenali sebagai KJ itu didakwa telah dirogol selama 10 minit ketika
guru sains sedang mengajar di dalam kelas di Akademi Martin De Porres di
Elmont.
KJ
yang mempunyai IQ 60 itu merupakan satu-satunya pelajar perempuan
daripada 13 pelajar yang mengikuti pelajaran di kelas berkenaan.
Meskipun
dia memaklumkan kejadian itu kepada pekerja sekolah, namun pengurusan
sekolah gagal membuat laporan berhubung jenayah tersebut.
Sususlan
itu, ibu remaja tersebut telah mengemukakan tuntutan saman mendakwa
guru kelas itu tidak mempedulikan anaknya ketika serangan berlaku.
Malah, ketika kejadian juga, salah seorang suspek menari-nari di atas meja manakala yang lain pula cuba mencabul KJ.
Menurut
ibu mangsa, dia tidak berupaya untuk memindahkan anaknya daripada
sekolah tersebut dengan segera, hingga menyebabkan remaja tersebut
dibuli selama beberapa bulan sebelum ini.
Dalam pada itu, pengarah eksekutif sekolah itu, Ed Dana melahirkan rasa sedih denbgan insiden tersebut.
Jelasnya,
satu siasatan dalaman telah dijalankan sebaik sahaja pihak sekolah
mendengar mengenai kes berkenaan dan turut memecat guru terbabit.
Tag :
Dunia
0 Komentar untuk "Remaja Dirogol Bawah Meja Ketika Guru Mengajar"