Nasi dagang ialah hidangan popular bagi negeri Kelantan dan Terengganu. Terdapat beberapa variasi yang berbeza untuk hidangan nasi dagang di setiap daerah. Ada yang menggunakan beras siam yang lembut dan ada yang menggunakan beras biasa yang dicampur dengan sedikit beras pulut.
Begitu juga dengan lauk gulai ikan tongkol untuk nasi dagang. Ada yang berkuah merah, ada yang kuahnya berwarna kuning atau dipanggil gulai kunyit lengkuas. Selain ikan tongkol, telur atau udang juga sedap dijadikan lauk nasi dagang selain ayam atau daging. Begitu juga dengan pelengkap hidangan nasi dagang, ada acar dan sambal kelapa.
Bagi orang-orang yang tinggal di negeri Terengganu, mereka lebih suka menyediakan acar seperti acar timun, acar nenas dll, manakala bagi orang-orang negeri Kelantan, mereka lebih suka menyediakan sambal kelapa untuk hidangan nasi dagang mereka. Walaubagaimanapun, hidangan ini tetap enak dan digemari ramai orang.. Bagi saya, kedua-duanya boleh digandingkan untuk hidangan nasi dagang yang istimewa.
Di Kelantan, ada beras khas untuk menyediakan nasi dagang. Beras ini berwarna kemerah-merahan dipanggil beras lembut atau beras nasi dagang. Harganya juga agak mahal berbanding beras-beras lain. Bagi orang-orang Terengganu pula, mereka lebih suka menggunakan beras siam yang dicampur sedikit beras pulut.
Untuk hidangan nasi dagang ini, banyak kelapa digunakan. Bermula dengan penyediaan nasi, lauk hingga sambalnya. Semuanya menggunakan santan dan juga kelapa parut. Walaubagaimanapun, untuk mengurangkan kolestrol dalam masakan, kurangkan penggunaan santan, sebaiknya tambahkan susu cair ke dalam masakan. Terpulanglah kepada citarasa masing-masing. Tepuk dada, tanya selera.
Berikut ialah resipi Nasi Dagang yang simple yang selalu saya sediakan untuk keluarga saya.
Bahan-bahan untuk nasi.
3 cawan beras siam
1 cawan beras pulut
1 cawan air panas mendidih (gunakan air yang dididihkan untuk mengukus beras
1 cawan pati santan + 1 sudu kecil garam atau secukup rasa -didihkan tapi jangan sampai pecah minyak
bahan-bahan untuk dimayang halus
10 biji bawang merah
2 inci halia
1 sudu besar halba
Cara Menyediakannya
kedua-dua beras dicuci bersih dan direndam berasingan sekurang-kurangnya 2 jam. Kemudian toskan beras dan campur kedua-duanya hingga rata. Kukus selama 30 - 45 minit atau sehingga beras tiga suku masak. Boleh dikenalpasti sekiranya periuk kukus mengeluarkan wap.
Keluarkan dari periuk kukus dan terus tuang ke dalam besen yang agak besar. Terus curahkan satu cawan air panas mendidih dan terus kacau rata-rata hingga beras kembang. Proses ini hendaklah dilakukan ketika masih panas. Masukkan kembali ke dalam periuk kukus dan timbuskan sekali bahan-bahan yang dimayang halus tadi juga halba. Kukus sekali lagi hingga betul-betul masak. Ketika masih panas, tuangkan kembali ke dalam besen tadi dan curahkan santan yang telah dididihkan. Kacau rata-rata hingga keluar minyak. Bolehlah dihidangkan bersama-sama gulai ikan tongkol, telur rebus, acar dan sambal kelapa.
Nota : cara yang lebih cepat menyediakan nasi dagang ialah dengan cara menanak nasi tersebut di dalam rice cooker iaitu campurkan beras, santan secukupnya dan sedikit garam. Bila hampir kering taburkan bahan-bahan yang dimayang halus dan hingga masak seperti biasa. Selepas itu baru dikacau-kacau dengan sudip kayu untuk menggebukan nasi.
GULAI IKAN TONGKOL
Bahan-bahan untuk merebus ikan
2 ekor ikan tongkol sederhana besar, dipotong anggaran 1 inci
5 keping asam gelugur
garam kasar secukup kegunaan
1 sudu teh cuka makan
1 cawan air
Caranya
Ikan tongkol yang dibersihkan disusun ke dalam periuk berselang seli dengan garam kasar dan asam gelugur. tuangkan air dan cuka. jerang di atas api sederhana hingga mendidih. Apabila mendidih, kecilkan api dan renehkan hingga kuah hampir kering. Sedia untuk dibuat gulai.
Bahan-bahan untuk gulai
Santan 2 biji kelapa
5-6 biji belimbing buluh, belah 2 - jika suka (boleh ganti dengan tomato)
5-6 biji lada hidup, dipotong 2
5-6 biji cili padi, biarkan sebiji-sebiji
Bahan-bahan untuk dikisar lumat
5-6 biji bawang merah
5-6 biji cili kering atau secukupnya
3 biji bawang putih
1inci lengkuas
1/2 inci kunyit
1 /2inci halia
1 sudu besar kelapa parut
3-4 sudu besar rempah kari ikan
sedikit gula melaka (nisan kelapa) atau gula pasir
Cara Menyediakannya
Didihkan santan sampai keluar minyak muda. Masukkan bahan-bahan kisar dan renehkan hingga bahan-bahan masak dan naik minyak berwarna kemerah-merahan. Masukkan ikan yang telah direbus bersama-sama kuahnya dan renehkan atas api kecil hingga pekat. Tak perlu dimasukkan garam dan asam kerana ikan rebus telah cukup rasa masin dan masamnya. Akhir sekali masukkan belimbing buluh, cili hidup dan cili padi tadi. Tutupkan periuk dan padamkan api. Selepas lima minit atau cili dan belimbing buluh telah layu, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
Nota : boleh juga bahan-bahan kisar ditumis terlebih dahulu sebelum dimasukkan santan. terpulang kepada cara memasak seseorang.
Acar
2 biji timun, potong 1 inci panjang dan buang empulurnya. Hiriskan nipis
1/4 biji nenas, dipotong kecil-kecil
1 batang lobak merah, potong 1 inci dan hiris halus seperti batang mancis
2 biji lada merah
2 biji lada hijau
1 biji bawang besar atau 5 biji bawang merah, dimayang halus
3 sudu gula pasir
1/2 sudu kecil garam
3-4 sudu cuka makan
Cara :
Campur semua bahan dan sesuaikan rasa. Hidangkan dengan nasi dagang
Sambal kelapa
1/2- 1 biji kelapa parut, digoreng tanpa minyak hingga kekuningan dan dikisar kering tapi jangan sampai pecah minyak
2 batang serai, mayang halus
3-4 biji bawang merah
sehiris dua halia
1 keping nisan kelapa
Secubit garam
1-2 ekor ikan selayang, dibakar dan ambil isinya (guna ikan tongkol rebus pun boleh)
Cara
Tumbukkan serai, halia dan bawang merah hingga lumat,masukkan ikan, garam dan nisan kelapa. Kemudian masukkan kelapa goreng tadi dan gaulkan rata-rata. Pastikan jangan terlalu basah atau terlalu kering. Sesuaikan rasa dan hidangkan dengan nasi dagang, gulai ikan tongkol, acar dan lain-lain lauk pilihan.
Nota : Jika hendak memasak gulai udang atau telur rebus, pastikan kuahnya telah secukup rasa baru dimasukkan telur rebus atau udang yang telah dibersihkan. Masak hingga pekat.
AYAM/DAGING GULAI KUNYIT LENGKUAS
Bahan-bahan untuk memasak gulai ayam kunyit lengkuas adalah sama dengan gulai ikan tongkol. Cuma gantikan rempah kari ikan dengan kari daging. Boleh juga ditambah ketumbar jintan yang telah disangai dan ditumbuk halus ke dalam bahan-bahan gulai. Gaulkan bahan-bahan kisar dengan ayam, tambahkan garam dan asam keping sesedap rasa. Jerang di atas api sederhana hingga agak kering, baru ditambahkan santan secukupnya dan masak lagi ayam empuk dan kuahnya hingga pekat. Boleh ditambah cili padi atau lada hidup diakhir masakan. Akhir sekali, tumiskan sedikit kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bawang merah, bawang putih dan halia hingga kekuningan dan wangi. Masukkan ke dalam gulai yang masih mendidih dan tutup periuk serta padamkan api. Selepas 5 minit, baru dibuka tutup periuk dan dikacau rata. Sedia untuk dihidangkan.
Selamat Mencuba..

0 Komentar untuk "Nasi Dagang"