This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Kereta Sport Guna Air Garam Sebagai Bahan Api

Sebuah syarikat automotif, Liechtenstein berjaya menghasilkan sebuah kereta sport yang mampu bergerak pada kelajuan maksimum 350 kilometer sejam dengan hanya menggunakan air garam.
Mail Online melaporkan, kereta yang dikenali sebagai Quant e-Sportlimousine itu dibina oleh syarikat NanoFlowcell AG dengan menggunakan sistem enjin aliran elektrolit untuk menggerakkannya.
2

 Sistem enjin tersebut mempunyai persamaan dengan kenderaan mesra alam yang menggunakan hidrogen sebagai bahan api utama, cuma yang berbeza adalah kereta itu mampu mencapai kelajuan 100 kilometer sejam dalam tempoh masa 2.8 saat itu menggunakan air garam.
Quant e-Sportlimousine mula menjadi perhatian selepas membuat penampilan pertama dalam pertunjukan Motor Show di Geneva pada Mac lalu, teknologi enjin air garam itu kini dibenarkan digunakan di negara-negara Eropah.
Setakat ini masih belum ditetapkan harga dan bila kereta sport terbabit akan dikeluarkan, dengan sesetengah pakar permotoran berpendapat nilai Quant e-Sportlimousine boleh mencecah lebih daripada AS$ 1.7 juta (RM5.39 juta).
Pengerusi NanoFlowcell AG, Prof. Jens-Peter Ellermann berkata, kereta tersebut telah mendapat sijil kebenaran untuk digunakan di negara-negara Eropah.
“Kami mempunyai perancangan masa yang panjang dan tumpuan bukan hanya dalam ruang lingkup perusahaan automotif sahaja.
“Potensi untuk NanoFlowcell AG amat besar terutamanya dalam terma pembekal sumber tenaga domestik termasuklah untuk kegunaan maritim, kereta api dan penerbangan,” jelas Ellermann
Tag : Automotif
0 Komentar untuk "Kereta Sport Guna Air Garam Sebagai Bahan Api "
Back To Top