Surat Layang, adakah anda tahu apa itu Surat Layang. Surat Layang merupakan satu bentuk komunikasi melalui penulisan surat, artikel dan sebagainya tidak kira melalui media cetak/elektronik ataupun media sosial seperti Facebook, Tweeter, WhatsApp dan sebagainya bagi meluahkan ketidak puas hati penulis/kumpulan tetapi merahsiakan identiti penulis/kumpulan kerana terdapat kekangan ketelusan penyiasatan dan tindakan oleh pihak yang di maksudkan.
Surat Layang sebenarnya amat perlu bagi memperbetulkan integriti pengurusan yang semakin berkurangan dalam melaksanakan sesuatu perubahan yang tidak mementingkan kebajikan sub-sub ordinat yang berada di bawah hierarki.
Sebagai ketua/pemimpin seharusnya mengambil berat akan kes-kes seperti ini, kerana kebanyakan suara hati ini ada kebenarannya cuma individu/kumpulan yang menulisnya tidak mempunyai keberanian... Memang kita selalu mendengar pepatah "Berani Kerana Benar", namun kerana nafsu pangkat dan darjat yang beraja di hati maka biarkan pepatah itu begitu sahaja. Konsep berkenaan tidak dapat dipenuhi kerana ianya melibatkan hierarki tertinggi dalam sesebuah organisasi.

Tag :
Pemimpin,
Sharing is Caring