Seorang syiah yang berkunjung ke kota Madinah dan hendak menziarahi makam Rasulullah. Ketika dia sampai di makam Rasulullah, dia memberi salam dan mendoakan beliau.
Ada yang aneh, dia
melihat orang-orang berhampiran dengannya ikut mendoakan dua makam
bersebelahan makam Rasulullah. Dua makam itu tidak lain adalah makam Abu
Bakar dan Umar bin
Khattab. Alangkah terperanjat dan terkejut dia melihat perkara tersebut.
Musuh terbesar dalam agamanya iaitu Abu Bakar dan Umar, musuh yang
selalu dia mencela, maki dan dia kafirkan selama ini dikuburkan berdampingan dengan makam orang yang dicintainya. Bagaimana mungkin musuh dikebumikan dekat dengan Rasulullah?
Dia pun tersedar, dan
merasa dibohongi oleh para ulama syiah. Kemudian dia bertaubat memohon
ampun pada Allah dan mengganti aqidahnya dari syiah menjadi ahlus
sunnah. Tidaklah terlalu menghairankan, kerana imam Syiah sendiri (orang
yang yang mereka anggap sebagai Imam), Ali bin Musa Ar-Ridha dikuburkan
dekat dengan makam khalifah Abbasiyah yang Sunni, Harun ar-Rasyid di bandar Masyhad (dulu bernama Thus), Iran.
Bahkan, orang yang
dianggap sebagai Imam ke-8 oleh orang Syiah ini yang meminta sendiri
agar dikebumikan di sisi makam Harun ar-Rasyid. Makam Imam Ali
bin Musa ar-Ridha berhampiran dengan makam Harun Ar-Rasyid di bawah
kubah yang sama dalam masjid yang sama di Bandar Masyhad, Iran.
Kata Syaikh Mamduh
Farhan Al - Buhairi, "Tidak mungkin seorang lelaki memberikan wasiat
untuk dikuburkan di sisi jenazah seseorang, melainkan jika jenazah
tersebut termasuk golongan orang-orang soleh dan bertakwa." (Majalah
Qiblati, edisi Rabiul Akhir 1433 H)
Bagaimana tanggapan
Syiah tentang kubur Umar yang berada di sisi Rasulullah dan Imam Ali
ar-Ridha yang berada bersebelahan dengan makam Harun ar-Rasyid?
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com
Tag :
Islam