Abah singgah solat
di sebuah surau.Selesai solat seorang budak menghampiri abah. Sebuah
tabung derma dihulurnya. Raut wajah dan gaya pakaian budak itu
meyakinkan abah bahawa dia adalah anak yatim yang mewakili sekolahnya
memohon sumbangan. Abah menghulurkan derma.
Di suatu sudut beranda surau kelihatan seorang pakcik penarik beca sedang berehat melepaskan penat.
Budak itu lalu menghampiri pakcik itu dan menghulurkan tabung derma kepadanya.
Pakcik penarik beca menyeluk saku seluarnya yang lusuh. Sekeping note berwarna merah sepuluh ringgit dikeluarkan lalu dimasukkan ke dalam tabung derma tersebut.
Budak itu mengucapkan terima kasih seraya berpaling untuk pergi. Tetapi pakcik itu memberi isyarat supaya menunggu. Pakcik menyeluk poket seluarnya yang sebelah lagi.
Dia mengeluarkan beberapa note kertas berwarna biru dan hijau lalu dimasukkan kesemuanya ke dalam poket baju melayu budak itu.
“Ini hok mu buat beli makanan.”
Abah kemudian menghampiri pakcik itu, sambil bertanya, “Berapo pendapatan pakcik sehari?”
Dia berkata, “Tak tentu! Kade-kade ado, kade-kade tak dok.”
Tanya abah lagi, “Bakpo pakcik sedekah semua duit pakcik kepada budak itu?”
Jawabnya, “Budak tu anak yatim. Berjalan kaki jauh, lapar. Pakcik tak pe, ada beca, boleh kayuh lagi.”
Subhanallah... Dia jauh lebih murah hati daripada abah.
Abah mula berasa sebak.
“Kalu gitu mari ikut ambo pergi makan.” sambil abah memegang tangannya.
“Hari ni pakcik posa.” jawabnya perlahan.
Abah tidak mampu bersuara lagi..
Nota: Murah hati yang mahal nilainya ialah apabila sanggup menyumbang harta kepada orang yang memerlukan, sedangkan dia sendiri memerlukannya. Berbeza daripada murah hati yang sanggup menyumbang harta sama ada kepada orang yang memerlukan, dalam keadaan dia sendiri tidak memerlukannya..
Kelebihan orang yang murah hati..
1. Pemiliknya akan mendapat kasih sayang dan redha Allah SWT.
2. Bukti kesempurnaan akal, lapang dada dan besar jiwanya.
3. Akan mendapat pertolongan malaikat.
4. Semua manusia akan terdetik hatinya untuk membantu dan bergabung dengan pemilik sifat ini.
5. Seseorang yang berusaha menanamkan sifat ini dengan cara membiasakan dan memupuknya akan mendapat pahala yang besar dan kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT.
6. Ia adalah salah satu sifat Allah SWT dan para wali-Nya.
7. Ia dapat menyatukan hati dan menebarkan kasih sayang antara manusia.
8. Melenyapkan kebencian, kedengkian dan dapat meluluhkan hati.