This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Persona SV


Proton Persona SV 001 Fakta : kelebihan dan kekurangan Proton Persona SV
Proton Persona SV dilancarkan oleh Proton Holdings Berhad (Proton) pada tarikh 30 November 2013 yang lepas, bersempena karnival Proton Bola! Bola! Bola! yang diadakan di kawasan tempat meletak kereta di Stadium Shah Alam, Selangor.
Sama seperti model Proton Saga SV yang diperkenalkan pada Jun 2013, Persona SV hadir dengan tema yang sama iaitu menawarkan sebuah model kereta sedan pada harga yang berpatutan dengan ciri-ciri yang lebih bernilai. Perkataan SV merupakan singkatan daripada perkataan Inggeris iaitu ‘Super Value’ yang bermaksud ‘nilai luar biasa’.
Tetapi, anda mungkin tertanya-tanya apakah ciri-ciri dan nilai yang menjadikan Proton Persona SV sebagai sebuah model yang berbaloi dan mampu untuk dimiliki? Ketika ini, terdapat dua varian model Persona yang ditawarkan di pasaran, iaitu Persona Standard dan Persona SV.
Proton Persona SV 002 Fakta : kelebihan dan kekurangan Proton Persona SV
Untuk melihat setiap kekurangan dan kelebihan yang ada pada Proton Persona SV, saya akan membuat perbandingan di antara Persona SV dan Persona Standard, berdasarkan maklumat-maklumat yang dipaparkan di dalam laman rasmi Proton Edar Sdn Bhd.
Kedua-dua varian sama ada Persona Standard mahu pun Persona SV masih dikuasakan enjin Campro IAFM berkapasiti 1.6 liter, dengan kuasa kuda 110hp dan tork maksimum 148Nm. Transmisi yang dibekalkan terdiri daripada jenis manual 5-kelajuan dan automatik 4-kelajuan.
Perbezaan paling ketara ialah berkenaan harga bagi kedua-dua varian terbabit. Proton Persona Standard versi manual ditawarkan pada harga bermula dari RM47,533.50, sementara Persona SV versi manual hanya berharga dari RM44,938.00. Perbezaan harga di antara kedua-duanya ialah sebanyak RM2,595.50.
Proton Persona SV 009 Fakta : kelebihan dan kekurangan Proton Persona SV
Begitu juga bagi versi automatik untuk kedua-dua varian. Proton Persona Standard automatik dijual pada harga dari RM50,533.50, sementara Persona SV automatik dijual pada harga bermula dari hanya RM47,938.00. Perbezaan harga bagi kedua-duanya juga sebanyak RM2,595.50.
Pada harga yang lebih rendah berbanding Persona Standard, Persona SV sudah tentu menjadi sebuah model yang lebih mampu untuk dimiliki. Namun, adakah spesifikasi yang ada pada Persona SV telah dikurangkan demi menjadikan harganya lebih rendah?
Mungkin tidak. Ini kerana Proton Persona SV didatangkan dengan ciri-ciri dan spesifikasi yang bagi saya sudah cukup baik dan agak di luar jangkaan saya sebelum ini.
Proton Persona SV 018 Fakta : kelebihan dan kekurangan Proton Persona SV
Antara kelebihan-kelebihan yang ada pada Persona SV jika dibandingkan dengan Persona Standard ialah model terbabit memiliki dua beg udara, brek cakera di keempat-empat tayar, sistem keselamatan ABS dan EBD, serta sistem pengendalian ‘Lotus Ride & Handling’ yang mantap. Tayar dan rim juga masih menggunakan saiz yang sama; tayar dari siri 195/60 dan rim bersaiz 15 inci.
Persona Standard seperti mana maklumat yang tertera di dalam laman rasmi Proton Edar hanya dibekalkan beg udara tunggal untuk pemandu, serta brek cakera hanya untuk tayar di bahagian depan sahaja. Tayar di bahagian belakangnya masih dibekalkan sistem brek jenis ‘drum’.
Bagi saya perbezaan jumlah beg udara dan adanya brek cakera di bahagian tayar belakang menjadikan Persona SV sebagai sebuah model yang boleh dikatakan lebih lengkap dari segi ciri keselamatannya berbanding Persona Standard.
Proton Persona SV 010 Fakta : kelebihan dan kekurangan Proton Persona SV
Mungkin kebanyakan model kereta sedan dalam segmen B yang berada dipasaran ketika ini memiliki sekurang-kurangnya dua beg udara dan empat brek cakera, namun pada harga di bawah RM50K, apa yang ditawarkan oleh Proton melalui Persona SV bagi saya sangat berbaloi.
Bagaimanapun, Persona SV tidak terlepas daripada beberapa kekurangan yang terpaksa dilakukan oleh Proton bagi menjadikan harganya lebih berdaya saing dan mampu milik.
Hasil pemerhatian mendapati beberapa item kini tidak lagi dibekalkan untuk Persona SV. Item-item tersebut adalah seperti berikut : ‘Coil Mat’, ‘Multi-purpose Container’, ‘Door Visor’, ‘Security Etching’, ‘First Aid Kit’, ‘Luggage Tray’, ‘Tint Film’, ‘Safety Triangle’, ‘Trunk Lid Cover’, ‘Exhaust Tip’, ‘Fog Lamp’, dan cermin sisi kini perlu dilaras secara manual.
Proton Persona SV 005 Fakta : kelebihan dan kekurangan Proton Persona SV
Proton Persona SV boleh didapati dalam pilihan enam jenis warna seperti ‘Chiffon Green’, ‘Tranquillity Black’, ‘Bronze Garnet’, ‘Genetic Silver’, ‘Solid White’ dan ‘Fire Red’. Sebagai tambahan yang menjadikannya lebih eksklusif, Persona SV turut ditawarkan warna ‘Atlantic Blue’ yang sebelum ini diperkenalkan pada model hatchback Suprima S.
Ditawarkan pada harga serendah dari RM44,938.00 (atas jalan termasuk insuran, Semenanjung Malaysia), Persona SV didatangkan dengan jaminan pengeluar selama 2 tahun atau jarak perbatuan sejauh 50,000 km, yang mana tiba dahulu.
p/s : Apa pendapat anda? Adakah Persona SV benar-benar merupakan sebuah model sedan paling berbaloi untuk dimiliki ketika ini?
Sumber galeri gambar dari Paultan.org
Tag : Permotoran
Back To Top