Putrajaya bakal diserikan dengan penganjuran ‘Putrajaya Lighting Festival
2013’ oleh Perbadanan Putrajaya yang bertempat di Kompleks Perbadanan
Putrajaya, pada 31 Disember2013 bermula jam 7 petang sehingga 1 pagi
bersempena malam Ambang Tahun Baru 2014, yang akan menampilkan kesenian
pencahayaan yang julung kali diadakan di Malaysia. Antara aktiviti yang
bakal berlangsung adalah penataan cahaya pada fasad bangunan dan
pencahayaan lanskap serta paparan daya kreativiti yang bakal merungkai
dunia pencahayaan yang lebih luas. Pada malam itu, paparan dan taman
Interaktif Digital dijangka bakal menjadi tarikan utama pengunjung di
samping persembahan-persembahan santai oleh pemuzik dan pencahayaan
struktur-struktur yang akan turut menceriakan suasana.
Acara ini merupakan pengenalan kepada acara yang akan berlangsung
pada tahun 2014 yang menyaksikan pelbagai aktiviti kreatif pencahayaan
yang akan memberi persepsi baru selain penggunaan teknologi-teknologi
terkini dalam dunia pencahayaan. Selain itu, pengunjung juga akan
disajikan dengan pertandingan-pertandingan menarik yang disediakan
sepanjang acara.
Nyata usaha ini bakal merangsang nilai pelancongan dan ekonomi
Putrajaya selain membuka peluang penyertaan kepada pihak-pihak swasta
dalam mempromosi produk-produk di samping menyokong usaha memperkenalkan
perspektif baru dunia pencahayaan.
Date: 31 December 2013 - 01 January 2014
Time: 7:00 PM - 1:00 AM
Venue: Kompleks Perbadanan Putrajaya
Time: 7:00 PM - 1:00 AM
Venue: Kompleks Perbadanan Putrajaya
Tag :
Promosi,
Sharing is Caring