This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Payung Emas.

Berapakah yang anda sanggup bayar untuk memiliki sekaki payung emas? Tentu mahal harganya,
Allah swt telah berjanji bahawa barang siapa yang sanggup iaitu redha untuk berkongsi suami dengan wanita lain... Allah akan menghadiahkan baginya payung emas di syurga nanti. REDHA... iaitu secara sukarela bukan kerana paksa rela, terpaksa, dipaksa atau dalam keaadaan bersyarat kecuali mengharapkan keredhaan Allah.
Sungguh mudahnya, namun berapa ramaikah di antara kaum hawa yang yang sanggup berkongsikan kasih seorang suami bersama perempuan lain kecuali anak-anak mereka. Ada juga sesetengah wanita itu cemburu apabila suaminya melebihkan urusan ibunya berbanding urusannya.
Ketahuilah bahawa, syurga seorang suami itu tetap di bawah telapak kaki ibunya tidak seperti perempuan, syurga mereka bertukar dari telapak kaki ibu kepada telapak kaki suami apabila si suami melalui akad (ijab dan kabul) yang sah secara automatik menanggung segala apa jua perbuatan dan beban yang sebelum ini tertanggung oleh ibu dan bapanya.
Back To Top