This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

‘Kuota haji penjawat awam’

Kota Kinabalu: Kerajaan dicadang mewujudkan kuota khas menunaikan haji untuk kakitangan awam, mulai tahun depan.

Ia antara perkara diberi penekanan oleh CUEPACS untuk dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun akan datang, selain semakan kadar semua jenis elaun, pencen dan tangga gaji.

Presiden CUEPACS, Azih Muda, berkata cadangan itu sejajar usaha memastikan tiada kakitangan awam terpinggir atau berkecil hati, selain mengambil kira pendapatan mereka ketika ini yang terus dibebani peningkatan kos sara hidup.

“Kita mencadangkan kuota khas menunaikan haji disediakan kepada kakitangan awam mulai tahun depan, khususnya mereka yang hampir bersara supaya peluang menunaikan ibadat itu lebih cerah berbanding sistem sedia ada digunakan Lembaga Tabung Haji.

“CUEPACS juga berharap kerajaan menyemak semula kadar 231 elaun dalam perkhidmatan awam ketika ini supaya dapat diselaraskan dengan keadaan semasa kerana sudah terlalu lama ia tidak dikaji, antaranya elaun perbatuan, perumahan dan khidmat awam.

Naik ganjaran persaraan
“Kita juga memohon kerajaan menaikkan ganjaran persaraan kepada 10.5 peratus daripada tempoh perkhidmatan berbanding 7.5 peratus sekarang,” katanya selepas perjumpaan dengan pemimpin CUEPACS Sabah, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi CUEPACS Sabah, Jamian Dom.

Azih turut mencadangkan kerajaan menaikkan Gantian Cuti Rehat (GCR) kakitangan awam kepada 180 hari berbanding 150 hari sekarang, selain menimbangkan kadar pencen bulanan kakitangan awam yang bersara kepada 80 peratus daripada jumlah gaji terakhir mereka.

Keluarkan 20 peratus wang pencen

Pada masa sama, katanya, kerajaan diminta memberi kelulusan kepada kakitangan awam yang mencapai umur 55 tahun untuk mengeluarkan 20 peratus wang pencen yang bakal diterima untuk perbelanjaan menunaikan haji, umrah atau pendidikan anak.

“CUEPACS juga akan memastikan tangga gaji untuk semua jenis jawatan dalam perkhidmatan awam dikaji semula,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Azih meminta Jabatan Kesihatan Sabah memberi penjelasan mengenai isu tuntutan elaun pakaian seragam kakitangannya yang menimbulkan kekeliruan.

Katanya, pihaknya menerima aduan mengenai arahan meminta kakitangan jabatan itu membayar balik baki elaun tempahan pakaian seragam pada 2011, tahun lalu dan tahun ini.
Tag : Politik
Back To Top