PELAKON cantik, Diana Amir mengumumkan perkahwinannya bersama Mohd Habibbullah A Rahman yang juga seorang pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kedah bakal berlangsung, Jumaat depan.
Diana berkata, perancangan untuk majlis tersebut dilakukan secara sederhana dan hanya mengambil masa sebulan sahaja.
“Saya menjemput seramai 250 orang dalam majlis perkahwinan kami.... dalam keadaan yang cukup sederhana. Saya juga tidak mahu meminta lebih kepada bakal suami contohnya, hantaran beg, kasut mahal dan sebagainya. Cukup senaskhah al-Quran dan cincin pernikahan kami,” katanya pada sidang media pengumuman tarikh perkahwinannya, hari ini.
Diana dan Mohd Habib akan melangsungkan pernikahan pada 25 Oktober di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, pada jam 9 malam. Ia disusuli denga persandingan di sebelah perempuan dan menyambut menantu pula dijangka akan diadakan pada tahun ini.
0 Komentar untuk "Cukup senaskhah al-Quran, kata Diana Amir"