This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

80% rakyat 1Malaysia, gaji dibwh RM7K sebulan !

KUALA LUMPUR 4 Sept. - Kerajaan akan mentakrifkan semula pendapatan braket golongan pertengahan bagi melayakkan mereka memperoleh bantuan yang bakal diumumkan pada Bajet 2014, bulan depan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, kerajaan mungkin menaikkan pendapatan braket itu antara RM3,000 dan RM4,000.

Golongan berpendapatan sederhana dan rendah masing-masing mewakili 40 peratus daripada penduduk negara ini yang berpendapatan kira-kira RM2,300 dan RM7,000 sebulan.

Namun, bentuk bantuan masih dikaji, dan keputusannya akan diumumkan dalam Pembentangan Bajet 2014," katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Sersol Bhd., dan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM).

Yang turut hadir ialah Pengarah Eksekutif Sersol Bhd., Datuk Seri Dr. Erwan Mohd. Tahir dan Pengarah Urusan Sersol Bhd., Mohd. Ridzuan Nor Mohamed.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, akan membentangkan Bajet itu pada 25 Oktober.

Ahmad berkata, selain itu, penduduk luar bandar merupakan antara fokus kerajaan kali ini dengan pembangunan di kawasan tersebut akan dipercepat.

Selain itu, kerajaan juga merancang meningkatkan aktiviti untuk perusahaan kecil dan sederhana, katanya.

"Selain memberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada golongan fokus ini, kerajaan juga menggalakkan program satu daerah satu industri (SDSI)," katanya.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dilaporkan berkata, kerajaan akan mengumumkan beberapa pendekatan atau inisiatif bagi mengurangkan bebanan golongan kelas pertengahan dalam Bajet 2014.

Menurutnya langkah itu diambil berikutan golongan kelas pertengahan sehingga kini masih belum menerima manfaat daripada pelbagai dasar kerajaan, berbanding golongan berpendapatan rendah.

"Golongan berpendapatan rendah, sebagai contoh, dijangka menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia yang lebih tinggi tahun ini, yang jumlahnya akan diumumkan dalam Bajet 2014," katanya.

Sementara itu, Ahmad meminta Sersol Bhd., supaya merebut peluang untuk memberi perkhidmatannya dalam enam projek mega di Malaysia.

"Setakat ini syarikat pengeluar cat itu terlibat dalam dua projek mega di Malaysia, termasuk projek Naza TTDI Sdn Bhd di Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia.

Antara projek besar lain di Malaysia ialah MRT Sg.Buloh-Kajang, Menara Warisan Merdeka PNB dan Tun Razak Exchange. - BERNAMA

0 Komentar untuk "80% rakyat 1Malaysia, gaji dibwh RM7K sebulan !"
Back To Top