This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Tips Suami Isteri Bahagia

tips suami isteri

Pasangan suami isteri sudah tentu mahu mencari tips atau petua agar kehidupan menjadi lebih bahagia. Untuk hidup yang lebih bahagia pasangan tersebut haruslah mempunyai sifat saling memahami dan sepakat dalam menjalinkan hubungan. Terdapat banyak tips, panduan, petua, bagaimana, cara, teknik, rahsia atau kaedah boleh dipelajari agar kehidupan rumahtangga pasangan suami isteri boleh menjadi semakin aman dan bahagia. Namun untuk menikmati hidup yang lebih bahagia dalam rumahtangga suami isteri hendaklah sentiasa menghormati pasangan, saling memahami dan bertolak-ansur. Malah yang paling utama bagi setiap pasangan haruslah sentiasa berdoa kepada Allah memohon keredhaan daripadaNYA agar hidup sentiasa diberkati dan dipelihara olehNYA. Dengan sentiasa bergantung kepada Allah, kehidupan suami isteri akan bertambah bahagia, aman dan mendapat rahmat serta redha dariNya. InsyaAllah.

Tips, panduan, bagaimana cara, teknik, kaedah, rahsia serta petua hidup bahagia suami isteri yang boleh dijadikan amalan oleh suami isteri ialah seperti yang tertera di bawah ini :

Petua untuk Hidup Bahagia

1. Jauhkan diri atau kurangkan dari mempunyai sifat pemarah – Sifat pemarah ini paling mudah dikesan atau dilihat di dalam diri manusia. Orang seperti ini biasanya sukar untuk mendapat sahabat dan hatinya tidak terang.

2. Tinggalkan sifat pendendam – Manusia seperti ini sentiasa sahaja mencari-cari peluang untuk membalas dendam walaupun perkara kecil sekalipun seperti menyakitkan hati atau menemplak orang yang didendami itu. Sebab itu kita sering lihat orang yang kuat pendendam ini mudah dikenai penyakit serangan jantung.

3. Buangkan sifat hasad dengki – Ini adalah sifat yang wajib dibuang atau dijauhkan oleh setiap pasangan agar kehidupan berumahtangga menjadi lebih harmoni. Sentiasalah berfikiran positif, bersangka baik sesama manusia dan rela serta redha kepada apa sahaja dugaan hidup yang diterima walaupun perkara tersebut menyusahkan kita. Anggaplah ujian yang kita terima ini adalah tarbiyah dari Allah.

4. Tinggalkan sifat kedekut atau bakhil – Orang seperti ini selalunya merasakan orang lain sentiasa meninginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Sebagai contoh, dia sentiasa berdolak-dalih mengatakan ia tiada duit walhal dia mampu atau paling tidak pun boleh membantu sedikit kepada orang yang memerlukan pertolongan. Ingatlah, Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah, tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap dapat memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tinggalkan sifat tamak – Benar kata pepatah melayu ‘Orang yang tamak akan selalu rugi’. Golongan seperti ini sentiasa tidak puas atau tidak cukup dengan apa yang dimilikinya. Diibaratkan seperti meminum air laut, minumlah seberapa banyak pun tetapi air laut tersebut tidak habis-habis juga. Ingatlah kawan, yang dikatakan harta atau rezeki kita ialah bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, selagi itulah belum boleh dikatakan rezeki (mungkin ada hak atau bahagian orang lain di situ). Biarlah rezeki yang kita terima itu sedikit tetapi mendapat keberkatan itulah yang paling utama.

6. Latih diri menjadi orang yang penyabar – Orang yang mempunyai sikap sabar pasti akan menang dan sentiasa dihormati oleh orang lain. Orang yang sentiasa sabar hatinya akan tetap tenang walaupun perkara yang dihadapinya itu kecil apatah lagi kepada hal-hal yang lebih besar.

7. Buangkan sifat ego – Ibu segala mazmummah ialah perlakuan yang membuatkan orang lain menjadi tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang hatinya dicabar oleh orang lain walau dari sudut zahir mahupun batin. Ingatlah, setiap orang masing-masing pun punyai ego, cuma yang membezakan tahap keegoan seseorang itu ialah sama ada tinggi atau rendah.

8. Hindarkan diri mempunyai sifat riak – Jangan menyeksa diri sendiri dengan suka mencari-cari peluang untuk orang lain memuji kita. Jadilah diri kita yang sebenar dan bukannya dengan sentiasa berlakon-lakon di hadapan orang lain. Sesungguhnya Allah murka kepada hambaNya yang riak dan takabbur dengan apa yang ada dalam diri mereka.

doa bahagia suami isteri

Tuan-tuan dan puan-puan, demikianlah tadi sedikit panduan, bagaimana cara, tips, rahsia, kaedah atau petua hidup bahagia suami isteri. Semoga ianya dapat membantu baik untuk pihak suami atau pun isteri agar dapat menterjemahkan rahsia atau petua hidup bahagia ini dalam menjalani kehidupan yang sebenar.

Semoga anda dan pasangan bahagia dan berjaya dalam menjalani kehidupan agar sentiasa mendapat rahmat dan keredhaan dari Allah SWT. Amien.

Tag : Perhubungan
0 Komentar untuk "Tips Suami Isteri Bahagia"
Back To Top