This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Keunikan Pulau-pulau di dunia

Kejadian-kejadian dalam alam ini menunjukkan kebesaran Allah; kejadian alam dan isinya mengandung hikmah. Allah berfirman dalam Surah An-Nahl ayat 3,;

Dia menciptakan langit dan bumi dengan hak. Maha Tinggi Allah daripada apa yang mereka persekutukan

Mari kita lihat 13 buah pulau yang yang berbentuk pelik dan unik di seluruh dunia …. Subhanallah!

1. Bentuk jantung

Pulau yang berbentuk jantung ini merupakan pulau semulajadi yang dikenali sebagai Galešnjak, iaitu pulau persendirian di Laut Adriatik, terletak di perairan pantai Croatia, berdekatan dengan bandar Turanj.
2. Bentuk Sperma

Pulau ini berbentuk macam sperma yang sedang berenang dalam laut biru. Gambar ini diambil oleh Simone Preuss semasa penerbangan antara Eropah dan Jepun.
3. Bentuk pokok

Pulau berbentuk sebatang pokok ini terletak di luar pantai Cornwall, Isles of Scilly.

4. Bentuk Lobak Merah

Pulau berbentuk sebatang lobak merah ini diambil oleh jurugambar, Badruddeen, semasa beliau baru berlepas dari Male International Airport, Maldives.
5. Bentuk Topeng Venetian

Pulau yang berbentuk topeng Venetian ini sebenarnya adalah Pulau Huvahendhoo iaitu salah satu daripada ribuan pulau terumbu karang Maldives. Makdives mempunyai sejumlah 1,190 pulau terumbu karang di atas keluasan lebih kurang 90,000 km persegi dan merupakan negara terendah di dunia, iaitu purata 1.5 m dari paras laut. Pemanasan global yang meninggikan paras laut akan menenggelamkan pulau-pulau di Maldives secara perlahan-lahan.
6. Bentuk paru-paru

Pulau berbentuk paru-paru beserta trakea, bronkus dan bronkiol menjadikannya kelihatan seperti paru-paru hijau dari pandangan udara.
7. Bentuk Ikan Pari

Pulau berbentuk ikan pari yang sedang berenang ini terletak di Laut Kattegat, di luar pantai utara Pulau Funen (pulau ketiga terbesar Denmark).
8. Bentuk gambar karton

Pulau berbentuk gambar karton ini terletak di Lautan Hindi dan Flores, Banda, Sawu dan Laut Timor, Indonesia.
9. Bentuk Mata

Pulau berbentuk mata lengkap dengan retina dan iris terletak di Maldives. Gambar ini diambil oleh jurugambar Mohamed Shareef.
10. Bentuk kuda laut

Pulau berbentuk kuda laut ini dinamakan Pulau Isabela yang merupakan pulau terbesar di Kepuluan Galapagos. Pulau ini terbentuk daripada letusan gunung berapi berjuta tahun dulu
11. Bentuk Boomerang

Pulau yang berbentuk boomerang ini terletak di tengah-tengah Laut China Selatan, dilihat dalam penerbangan dari Manila ke Kuala Lumpur, selepas 45 minit berlepas dari Manila. Pulau terumbu karang ini termasuk dalam Kepulauan Spratly yang mengandungi 750 pulau-pulau kecil, terumbu karang dan pulau-pulau besar. Gambar ini diambil oleh Earl (jurugambar).
12. Bentuk ikon senyum (smiley)

Pulau berbentuk ikon smiley (senyum) dari pandangan udara ini terdiri daripada 3 pulau iaitu Pulau Manukan, Mamutik dang Sulung yang terletak dalam perairan Malaysia.
13. Bentuk Ikan Dolphin

Pulau berbentuk ikan dolphin tengah meloncat ini adalah pulau terumbu karang yang terletak di luar pantai utara Pulau Flores, Indonesia.

Tag : Destinasi, Unik
0 Komentar untuk "Keunikan Pulau-pulau di dunia"
Back To Top