This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

GST perlu dilaksana, bukan pilihan: Dr Irwan

GST perlu dilaksana, bukan pilihan: Dr Irwan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) perlu dilaksanakan dan bukan lagi satu pilihan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.
Justeru, beliau berkata, pihaknya akan mencuba yang terbaik untuk memasukkan cadangan pelaksanaannya dalam Bajet 2014 yang dijadual dibentangkan pada 25 Oktober ini.

Jelasnya, jika cukai yang akan menggantikan cukai barangan dan perkhidmatan itu diumumkan dalam bajet tahun depan itu, mungkin dilaksanakan pada 2015.

GST adalah satu keperluan dan bukan satu pilihan. Kami akan mencuba yang terbaik untuk memasukkannya dalam pembentangan bajet (2014). Jika ia diumumkan, ia akan mengambil masa kira-kira 14 bulan untuk dilaksanakan. Jadi ia mungkin bermula pada 2015, katanya pada sesi soal jawab selepas pembentangan perkembangan Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi separuh pertama tahun ini di Kuala Lumpur, semalam.

Apa kata anda?

Bagi saya ianya tidak wajar dilaksanakan, memang jika diikutkan pendapatan pengarah-pengarah dan eksekutif syarikat multinasional dan golongan menengah dan keatas memang mampu untuk membayar GST, bagaimana pula dengan nasib penoreh getah, nelayan, petani dan mereka yang masih lagi menjalankan kerja kampung untuk mencari sesuap nasi. Pendapatan mereka ini tidaklah tetap ibarat "kais pagi makan pagi kais petang makan petang", jika GST dilaksanakan maka ianya akan jadi "tak kais tak makan". Pelaksanaan GST ini tidak akan filtered to group or individual tetapi adalah menyeluruh.

Bagi seorang KSU Kementerian Kewangan atau KSP yang berpendapatan ribuan RM sebulan dengan pelbagai elauan dan kelebihan tiada masalah bagi membayar GST. Sedangkan perbelanjaan petrol, tol, parking dan sebagainya malahan disediakan pemandu peribadi yang dibiayai oleh rakyat. Sedangkan perbelanjaan harian rumah bagi golongan tak kais tak makan, semuanya dari duit poket mereka sendiri.

Tag : Ekonomi
0 Komentar untuk "GST perlu dilaksana, bukan pilihan: Dr Irwan"
Back To Top