This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Bucida Molineti (Pokok Doa)

Bucida Molineti adalah nama saintifik bagi pokok yang terdapat di dalam gambar-gambar yang tertera. Bagi nama tempatan pula, pokok ini mempunyai pelbagai nama. Dalam bahasa inggeris, pokok ini dikenali sebagai "Black Olive Tree". Masyarakat Malaysia pula memberi nama pokok ini sebagai "Pokok Doa". Pokok Bucida Molineti terdapat pelbagai jenis pokok bucida seperti Bucida Angustifolia, Bucida Buceras, Bucida Comintana, Bucida corelliana, Bucida Niitida dan banyak lagi. Namun di sini kita hanya mengkaji tentang pokok bucida molineti sahaja. Pokok yang berasal daripda pokok badam india ini selalunya digunakan sebagai bahan lanskap, perhiasan dalam rumah, dan sebagainya.

Hanya beberapa negara sahaja yang memiliki pokok Bucida molineti ini seperti amerika syarikat, Bahamas, Cuba, Selatan Florida dan Hispaniola. Negara kita Malaysia menanam pokok Bucida Molineti tetapi tidak mempunyai pokok ini. Hanya negara-negara yang tersenarai di atas sahaja mempunyai baka pokok Bucida Molineti. Namun asal pokok ini adalah dari negara Bahamas. Hal ini berkemungkinan kerana faktor iklim negara yang berbeza menyebabkan kesulitan untuk mengeluarkan baka pokok Bucida Molineti. Ada juga sumber yang mengatakan bahawa pokok Bucida ini ditanam secara meluas di Selatan Florida. Ada juga sumber yang mengatakan pokok Bucida ini berasal dari Florida namun telah dipertikaikan.

Pokok Bucida Molineti sangat rimbun walaupun mempunyai daun yang kecil. Pokok ini dikategorikan di dalam jenis pokok lanskap bersaiz besar. Pelbagai jenis lanskap namun pokok ini juga amatlah sesuai ditanam pada landskap di jalan protokol. Contohnya di jalan-jalan utama menuju ke bangunan-bangunan kerajaan, di dalam kampus universiti.

Pokok Bucida molineti ini dapat memberikan imej yang cantik dan teratur menyebabkan pokok Bucida Molineti ini sangat sesuai ditanam di jalan-jalan utama. Memiliki saiz yang sederhana besar, silara tegak dan batang lurus juga merupakan faktor utama mengapa pokok Bucida ini sangat sesuai ditanam untuk lanskap protokol selain dapat mewujudkan imej formal jalan protokol.

Pokok Bucida Molineti pula terbahagi kepada dua jenis saiz. Ada pokok Bucida Molineti yang boleh hidup membesar dan ada yang hanya hidup dalam saiz yang kecil. Bagi pokok Bucida Molineti yang boleh hidup membesar biasanya ditanam di tepi manakala yang hidup bersaiz kecil biasanya ditanam di dalam rumah sebagai perhiasan. Pokok bucida yang besar mempunyai batang yang keras. Manakala pokok bucida yang bersaiz kecil mempunyai batang yang lembut.

Pokok ini membiak melalui anak benih namun disemai di tempat lain dahulu seperti di dalam polibeg sebelum ditanam ditempat yang terpilih. Pokok ini mengeluarkan bunga namun yang akan menjadi buah adalah dalam bilangan yang sangat sedikit. Jadi, proses pembiakannya amatlah memerlukan penjagaan yang rapi. Setelah berumur 4 – 5 minggu, barulah anak pokok bucida boleh ditanam mengikut tempat yang telah dipilih. Dalam beberapa bulan atau satu tahun kemudian, pokok ini sudah membesar dan menghiasi kawasan rekreasi.

Tag : Dekorasi, Luaran
0 Komentar untuk "Bucida Molineti (Pokok Doa)"
Back To Top