PROTON Edar Sdn Bhd tidak bercadang menurunkan harga jualan PROTON Preve sewenang-wenangnya semata-mata untuk bersaing dengan harga jualan Honda Jazz.
Ketua Eksekutifnya, Hisham Othman berkata, PROTON Edar yakin harga yang ditawarkan bagi Preve sekarang ini adalah sangat berdaya saing bersandarkan kepada nilai yang ditampilkan pada model itu.
“PROTON Preve menawarkan nilai yang baik memandangkan ia menggunakan enjin 1.6 ‘turbo’. Dari segi kuasa, ia menyamai kereta dengan 2000cc,” katanya kepada BERNAMA dalam perbualan telefon semalam.
PROTON Edar yakin harga yang ditawarkan bagi Preve sekarang ini adalah sangat berdaya saing bersandarkan kepada nilai yang ditampilkan pada model itu” Hisham Othman, Ketua Eksekutif Proton Edar
Hisham berkata, PROTON Preve mempunyai banyak kelebihan berbanding kereta berjenama yang lebih hebat dan harga yang lebih mahal, yang berada di pasaran.
“Preve mempunyai kelebihan tersendiri. Malah, Preve memiliki ciri-ciri keselamatan yang tidak ada pada kereta lain, seperti Kawalan Kestabilan Elektronik. Ciri keselamatan itu hanya ada pada kereta mewah seperti BMW dan Mercedes, namun yang menakjubkan, Preve, sebuah kereta nasional, dilengkapi ciri keselamatan canggih yang setaraf dengan kereta mewah antarabangsa,” katanya.
Beliau juga mendakwa terdapat sesetengah kereta mewah dalam pasaran Malaysia tidak dilengkapi ciri-ciri keselamatan memandangkan pengguna di negara ini masih membeli kereta berdasarkan jenama tanpa memikirkan ciri-ciri keselamatan yang ada pada kereta berkenaan.
Hisham turut menyimpulkan bahawa Preve mempunyai tahap perlindungan yang sangat bagus berbanding kereta lain yang hampir sama dengannya.
“Preve boleh memberi nilai wang kepada pembeli, sangat selamat, prestasi yang lebih baik berbanding kereta lain, malah Preve mempunyai pemanduan kanan Lotus, yang dibangunkan oleh Lotus di London,” katanya.
Baru-baru ini Honda memperkenal model CKD Honda Jazz Petrol pada harga atas jalan, termasuk insurans sebanyak RM74,800, dengan bayaran bulanan serendah RM755, berdasarkan unjuran 90 peratus pinjaman.
Harga di atas jalan Preve ialah sekitar RM73,000.
Nota: Sebuah enjin 1.6 berkerja lebih untuk menghasilkan kuasa menyamai enjin 2.0. Ini akan menjadikan enjin overused.
0 Komentar untuk "Tiada cadangan turunkan harga Preve"