This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Teman lelaki menyorok atas loteng

Melaka: Misteri status seorang lelaki yang sering bertandang ke sebuah rumah didiami sekumpulan wanita di Bukit Beruang, di sini, sejak hampir sebulan lalu, akhirnya terbongkar apabila dicekup berkhalwat oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), kelmarin.

Dalam pemeriksaan 10.30 pagi di rumah teres itu, sepasukan penguat kuasa JAIM menemui pasangan kedua-duanya berusia 26 tahun berkurung di rumah berkenaan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama JAIM Rahimin Bani berkata, ketika tiba di lokasi berkenaan pihaknya terpaksa menunggu kira-kira 15 minit walaupun beberapa kali dipanggil dan barulah ia pintu rumah dibuka oleh seorang wanita.

Katanya, selepas memperkenalkan diri, wanita terbabit terus memaklumkan ada rakan lelaki di dalam rumah itu selain tinggal bersama adiknya yang kebetulan tidak ada di rumah ketika itu.

“Pemeriksaan lanjut menemui lelaki terbabit di atas loteng rumah berkenaan dan diarahkan turun bagi siasatan. Selepas mendapati pasangan terbabit tidak mempunyai sebarang hubungan mahram, mereka terus ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya, di sini, semalam.

Rahimin berkata, siasatan mendapati, wanita terbabit takut untuk membuka pintu ketika dipanggil oleh pasukan penguat kuasa JAIM.

Tag : Sosial
0 Komentar untuk "Teman lelaki menyorok atas loteng"
Back To Top