Kali ni saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang teknik fotografi yang dinamakan Rules of Third - RO3. Sejak di sekolah rendah lagi saya memang suka mengambil gambar, tidak kira gambar kawan-kawan, pemandangan, aktiviti yang dijalankan dan apa saja yang menarik di mata saya. Pada saya, gambar-gambar yang diambil mempunyai 1001 penafsiran dan ia juga boleh dijadikan sebagai kenangan dan memori indah dimasa akan datang.
Apa yang dimaksudkan dengan Rules Of Third - RO3?
The Rule of Third is a compositional rule of thumb in visual arts such as painting, photography and design.The rule states that an image should be imagined as divided into nine equal parts by two equally-spaced horizontal lines and two equally-spaced vertical lines, and that important compositional elements should be placed along these lines or their intersections. Proponents of the technique claim that aligning a subject with these points creates more tension, energy and interest in the composition than simply centering the subject would. - Wikipedia
Cuba lihat Gambar 1 dan Gambar 2 di bawah. Nampak tak perbezaannya?
Gambar 1
Gambar 1 diambil di mana objeknya iaitu burung berada di tengah-tengah.
Gambar 2
Gambar 2 pula menggunakan teknik Rules Of Third.
Gambar 2 nampak lebih kreatif berbanding Gambar 1, kan?. Apa yang anda perlu lakukan ialah anda hanya perlu membayangkan ‘viewfinder‘ di kamera anda mempunyai garis grid 9 kotak seperti Gambar 1 dan Gambar 2. Kemudian fokuskan subjek yang hendak anda ambil pada salah satu garis pertemuan pada garis grid itu. Biasanya kamera kamera digital mempunyai fungsi ‘auto fokus‘ yang akan memfokus subjek yang berada ditengah-tengah.
Cara anda untuk mengambil gambar menggunakan teknik Rules Of Third :
1. Fokuskan subjek yang hendak diambil ditengah ‘viewfinder‘. Kemudian tekan separuh butang ‘shutter’ dikamera yang digunakan. Kamera akan memfokus subjek yang hendak anda ambil.
2. Selepas itu (tanpa menekan habis atau melepaskan butang shutter kamera), ubah kedudukan subjek tadi dengan meletakkan subjek mengikuti teknik Rules Of Third.
3. Sesudah mendapat kedudukan Rules Of Third, tekan habis butang shutter kamera untuk ambil gambar subjek tersebut.
Gambar Amir berjalan di Putrajaya
Apa kata lepas ni anda cuba praktikkan teknik Rules Of Third ni dan kongsikan gambar tersebut di blog anda. Sudah pasti gambar yang diambil akan nampak lebih kreatif dan berbeza dari biasa.
0 Komentar untuk "Teknik Fotografi : Rules of Third - RO3"