This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Sakinah Tak Boleh Beri Sebarang Komen

Sakinah

Selepas terbongkar mengenai perkahwinan kedua pelakon Ashraf Muslim dengan seorang bekas kru televisyen swasta, Wan Sakinah, banyak pihak mula mencemuh tindakan Ashraf yang mengamalkan poligami tanpa mendapat keizinan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman terlebih dahulu.

Ashraf dan Sakinah dilaporkan sudah bernikah di Thailand pada 7 Julai lalu dan semalam pelakon yang terkenal dengan watak Ustaz Amirul itu telah diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur untuk membayar kos mahkamah sebanyak RM8,000 kepada isteri pertama itu dan pihak mahkamah juga membenarkan Ashraf untuk menarik balik permohonan kebenaran poligami.

Menerusi Berita Harian hari ini, Sakinah yang dihubungi wartawan enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung isu perkahwinannya dengan aktor kacak itu.

“Harap faham, saya tak boleh cakap apa-apa pun. Minta maaf,” katanya.

Sebelum ini, Sakinah pernah mengeluarkan kenyataan di sebuah akhbar dengan mengatakan, Noor Dayana redha sekiranya suaminya mahu berkahwin lain.

Namun lain pula dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh bapa mentua Ashraf, Lokman Abdul Hamid yang mendedahkan bahawa anaknya, Dayana tidak sesekali redha dan membenarkan dirinya dimadukan.

Ashraf dikatakan berkahwin kali kedua kerana perkahwinan pertamanya dulu tidak dikurniakan zuriat walaupun baru dua tahun saja usia perkahwinannya dengan Dayana.

0 Komentar untuk "Sakinah Tak Boleh Beri Sebarang Komen"
Back To Top