This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Mekanisme Asas Kamera Digital

Semasa anda membaca tajuk entri di atas, adakah anda tahu bagaimana mekanisme kamera digital bertindak merekod gambar?

Adakah anda tahu bahawa hampir semua kamera digital menggunakan mekanisme yang sama walaupun jenama yang berlainan?

Pernah tak anda terlintas bahawa mekanisme merekod gambar menggunakan kamera adalah ilmu yang telah anda pelajari di dalam subjek fizik tingkatan 4?

Pasti ramai yang tertanya-tanya bukan?Ok.. Jom kita tengok macam mana sebenarnya kamera digital ni berfungsi.

  1. Susunan Elemen Kanta Lensa - Di sini ialah di mana kawasan lensa anda disusun supaya mencapah dan menjuruskan cahaya daripada objek terus kepada bodi kamera anda.
  2. Cermin Pemantul - cermin ini berada pada kedudukan 45 darjah untuk membolehkan cahaya terpantul ke atas menuju ke arah pentaprism atau cermin penta.
  3. Focal Plane Shutter - kebiasaannya terdapat di dalam kamera filem. Terdiri daripada kain atau metal nipis yang tidak lutcahaya dan berfungsi untuk membenarkan cahaya terdedah kepada filem.
  4. Sensor / Filem - Ketika mengambil gambar, cermin (no.2) akan terangkat dan cahaya akan mengenai tepat ke atas sensor. Ketika inilah gambar direkodkan.
  5. Skrin Fokus - Ia terdiri daripada kaca yang mempunyai permukaan kasar untuk membolehkan pengguna kamera melihat gambar yang hendak diambil menggunakan viewfinder. Ada juga yang terdapat beberapa tanda untuk menunjukkan di bahagian mana kamera tersebut telah fokuskan sesuatu objek, dan ia mengikut model dari pengeluar masing-masing.
  6. Lensa Kondenser - Berfungsi untuk memfokuskan cahaya kepada garisan cahaya yang lebih kecil sebelum memasuki pentaprism.
  7. Pentaprism / Cermin Penta - Berfungsi sebagai pemantul cahaya untuk menerbalikkan kembali imej yang diterbalikkan di cermin (no.2) untuk membolehkan penggunakan melihat pada eyepiece sepertimana keadaan sebenar.
  8. Eyepice / Viewfinder - Kawasan mata diletakkan untuk membolehkan pengguna kamera melihat kawasan imej yang akan direkodkan ke dalam kamera.
0 Komentar untuk "Mekanisme Asas Kamera Digital"
Back To Top