This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Kerajaan Pertimbang Bonus 2.5 Bulan Gaji Untuk Penjawat Awam...

PUTRAJAYA: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua setengah bulan kepada seluruh penjawat awam tahun ini.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, Cuepacs telah memohon secara rasmi mengenai perkara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa dan berharap permintaan ini akan dipertimbangkan.
"Melihat pada keadaan ekonomi semasa sekarang, pada kami permohonan pemberian bonus dua setengah bulan ini yang telah diputuskan semasa mesyuarat Cuepacs pada dua minggu lepas adalah sesuai," kata beliau dalam sidang media di sini, Selasa. Omar berkata, pemberian bonus bukan sahaja khabar gembira buat 1.4 juta penjawat awam bahkan akan turut memberi kesan langsung kepada ekonomi negara apabila terdapat aliran tunai yang aktif di dalam negara. Namun begitu, saya berharap jika adanya pengumuman bonus kelak peniaga tidak akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang sesuka hati," katanya.
Cuepacs juga berharap agar skuad pengguna di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan terus membantu memantau harga barangan dalam pasaran, kata beliau. Pada tahun lepas, kerajaan memberi bonus satu setengah bulan kepada penjawat awam dan pemberian bonus tersebut merupakan yang terbaik pernah diberikan oleh kerajaan setakat ini.
Katanya, bersempena dengan kedatangan Ramadan dan menjelang sambutan Aidilfitri nanti semestinyalah penjawat awam mengharapkan bantuan dalam bentuk bonus daripada kerajaan bagi meringankan beban kewangan mereka. -
0 Komentar untuk "Kerajaan Pertimbang Bonus 2.5 Bulan Gaji Untuk Penjawat Awam..."
Back To Top