Adakah anda suka jika hidup di kelilingi oleh cicak? Persoalannya, kenapa ada cicak di rumah? Jadi kali ini aku ingin berkongsi cara-cara menghapuskan cicak yang berada di rumah.
Sebenarnya kita kena soal diri kita sendiri sebab kita sudahpun tahu
jawapannya. Saya kongsi sikit-sikit kalau ada yang tidak pasti. Di bawah
ini adalah cara menghapuskan cicak yang boleh anda cuba;
TIPS (1)
MAKANAN CICAK IALAH SERANGGA.
Lagi banyak serangga lagi banyak cicak. Sikit serangga sikit cicak.
Kalau nak hapuskan cicak, hapuskan serangga dulu. Cicak akan lari ke
tempat lain sebab tak ada rezeki dalam rumah kita. Kenapa ada serangga
di rumah? Soalan ini juga boleh dijawab senang oleh kita sendiri. Dari
sampah, saki-baki makanan yang tidak dibersihkan, lantai kotor, makanan
mentah tidak ditutup rapi, sarang serangga, highway serangga seperti
dahan pokok dari pohon rimbun, tempat lembab dan sebagainya. Makanan
favorite cicak ialah SEMUT, ANAI-ANAI dan LIPAS.
TIPS (2)
Kalau nak hapuskan cicak, JAGA
KERSIHAN RUMAH supaya serangga dapat dikurangkan. Orang-orang yang
beriman suka menjaga kebersihan.
TIPS (3)
Bahan apa yang cicak takut atau
tak suka? Cicak tidak suka dengan campuran air dan lada merah. Dia tak
tahan pijau. Lari….!!! Cara-caranya adalah tumbuk 2 biji lada merah atau
4-5 cili padi. Bancuh dengan air. Masukkan dalam Botol Spray. Spray kat
tempat mana banyak semut atau selalu nampak cicak duduk berdiskusi
dalam group atau menyorok. JAUHI DARI KANAK-KANAK. Jangan ter-spray mata
sendiri atau terhidu air spray. BAHAYA. JANGAN LALAI.
TIPS (4)
Cicak tak suka dengan kulit telur
ayam. Dia alergik dengan mineral kulit telor. Cara-caranya adalah basuh
dan keringkan dalam 2 atau 3 hari. Pecahkan kecil-kecil jadi saiz duit 5
sen atau seposen. Lekatkan berapat-rapat pada kadbod dengan gam. Letak
kat mana-mana yang nak elak cicak berkunjung. JAUHI DARI KANAK-KANAK.
Kulit telur jika termakan boleh tercekik. BAHAYA. JANGAN LALAI.
TIPS (5)
Cicak tak suka pada serbok borik
acid. Dia mati tergolek kalau degil dan lalu jugak. Caranya dengan
menjaga kebersihan halaman rumah juga boleh mengurangkan cicak dari
masuk ke dalam rumah. Laluan terbaik cicak-cicak ini ialah melompat dari
daun ke atas bumbung dan seterusnya melalui tingkap atau bawah pintu
balconi. Cicak suka menyorok di bawah daun dan pada dahan-dahan pokok.
Perlu pendekkan rumput, daun-daun, dahan-dahan pokok. Selepas menebas,
taburkan serbok borik acid di kawasan yang rimbun menghala ke rumah.
JAUHI DARI KANAK-KANAK. BAHAYA. JANGAN LALAI.
TIPS (6)
Cicak takut dengan kucing. Kucing
biasanya bermain-main dengan cicak dan menjadi makanan side-dishnya.
Tapi kalau larat jaga kucing takpalah. AMARAN : Pastikan kucing selalu
bersih dari kutu. Kutu boleh beranak-penak sekejap sahaja setelah hisap
darah. Jika kutu kucing tersebut berasal dari kutu anjing, lagilah
risiko tinggi menjadi sarang kutu di dalam rumah. PENAT berminggu-minggu
nak hapuskan kutu pulak. Sendiri fikir dan buat keputusan.
Kurang dan banyaknya cicak di
rumah berkait rapat dengan kurang atau banyaknya serangga di rumah.
Kurang atau banyaknya serangga di rumah, berkait rapat dengan sikap
penghuni terhadap kebersihan rumah dan halamannya.
Akhir kata, semoga tips-tips serta cara menghapuskan cicak ini
berkesan untuk anda dan silalah mencubanya di rumah masing-masing. Jika
tak cuba kita tak akan tahu samaada cara-cara tersebut berkesan atau
pun tidak.
Tag :
Tips