This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Cahaya mata: Lisa serah pada Ilahi

 Lisa Surihani, Yusry Abdul Halim

SETIAP pasangan yang berumah tangga, pasti mengimpikan kelahiran zuriat. Begitulah dirasai aktres, Lisa Surihani, 27.

Menganggap zuriat tersebut adalah rezeki dari ALLAH SWT, Lisa berkata, dia dan suami, Yusry Abdul Halim hanya mampu berserah kepada takdir Yang Esa. "Saya dan Yusry tidak pernah merancang kerana anak adalah permata buat kami berdua. Kalau merancang pun mungkin apabila mahu mengandung anak kedua. Malah dalam Islam sendiri pun kita digalakkan merancang dan ia bergantung atas sebab tertentu seperti kewangan atau sebagainya. Bagi memikul tanggungjawab sebagai ibu bapa saya dan Yusry sudah lama bersedia tapi ini rezeki Allah SWT dan saya berharap peminat mendoakan yang terbaik buat kami untuk mendapat zuriat yang baik akhlaknya," katanya yang ditemui ketika majlis Ramah Mesra bersama Garnier dan Lisa Surihani.

Mengakui agak sepi tanpa tangisan kanak-kanak, pelakon filem 'Istanbul Aku Datang' ini berkata, dia amat sukakan kanak-kanak apabila melihat mereka membesar dan juga cara pemikiran mereka.
"Pengalaman mengajar kanak-kanak selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) membuatkan hati saya sentiasa gembira apabila melihat gelagat mereka yang comel. Bila ada masa terluang saya akan bersama anak buah Arian Saif yang sentiasa membuatkan saya ketawa," katanya.

Impian terlaksana

Berkongsi perihal perkembangan terkininya, Lisa berkata, impiannya untuk berlakon di bawah arahan suaminya, Yusry Abdul Halim akhirnya menjadi kenyataan. Katanya, walaupun berlakon di bawah arahan suami sendiri dia tetap menjalani sesi uji bakat seperti pelakon lain.

"Saya akui, ketika menjalani sesi uji bakat, saya agak ragu-ragu sama ada boleh lakukan atau tidak untuk filem terbaru ini. Bagi meneruskan impian sebelum ini, saya pandang pada sudut profesional untuk lakukan yang terbaik," katanya yang enggan mendedahkan tajuk filem tersebut.

Tidak bercakap atas dasar hubungan suami isteri, Lisa mengakui dia amat mengagumi hasil kerja Yusry.

"Saya melihat dia seorang yang profesional ketika mengarah apa jua filem yang dihasilkan. Setiap idea yang dikeluarkan mempunyai mesej yang ingin disampaikan. Toleransi bersama pelakon juga tiada masalah," ujarnya baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Manisnya cinta di Cappadocia.

Menanti Ramadan

Sementara itu, berkongsi mengenai sambutan bulan Ramadan yang akan menjelma beberapa hari lagi, Lisa berkata, dia berada teruja untuk menyambut Ramadan kali ini bersama Yusry. Malah dia juga bersyukur kerana tidak akan terlibat dengan sebarang penggambaran, melainkan majlis-majlis berbuka sahaja.

"Saya gembira kerana tidak akan terlibat dengan apa-apa penggambaran melainkan sesi fotografi dan majlis berbuka sahaja. Yusry pula lebih suka berbuka di rumah berbanding di luar dan kami akan bergilir-gilir berbuka di rumah keluarga masing-masing. Selain itu, dapat juga kami solat berjemaah dan terawih bersama," katanya.Lisa Surihani

0 Komentar untuk "Cahaya mata: Lisa serah pada Ilahi"
Back To Top