Jika ada antara korang yang ingin mencari buffet ramadhan 2013 sekitar Jalan Ampang dengan pelbagai pilihan lauk-pauk, aku syorkan untuk korang terus ke Restoran Flora Kafe.
Restoran Flora Kafe yang terletak di The Ampwalk Jalan Ampang ini menyediakan juadah lauk-pauk yang pelbagai hingga menggamit selera pengunjung. Di samping keadaan yang begitu selesa sekali untuk menikmati juadah berbuka.
Aku rasa antara yang boleh buat pelanggan seolah-olah terbang ke Planet Marikh adalah juadah Mee Bandung. Kepala aku pun hampir berpusing-pusing melayan kenikmatan dan kesedapan mee bandung ni. Antara juadah yang aku sarankan korang rasa kalau ke sini.
Beraneka lauk yang disediakan. Paling menarik perhatian aku adalah ayam goreng berempah dan lauk masakan kampung. Sangat menyelerakan. Buffet Ramadhan yang agak menarik dihidangkan di sini.
Bagi pencuci mulut pula, korang boleh bedal ABC dan juga Coklat Celup. Untuk pilihan air pula, aku syorkan korang pilih Jimmy Asmara. Nama air tu agak manja dan jambu, tapi rasanya agak 'Nakal'.
Pelanggan dibekalkan dengan air Zam-Zam dan juga kurma sebagai pemula berbuka puasa.
Makanan berbuka aku. Ada yang cakap aku agak berhati-hati dalam memilih makanan sebelum ni. Jadi, kali ni aku bedal sungguh-sungguh. Hahahaha.
Rojak buah memang jadi lauk aku lah malam tu. Antara feveret aku. Apa lagi ada mangga dengan jambu. Mak aih. Hampir tercabut gigi aku sebab terlampau rakus mengunyah.
Jadi kepada sesiapa yang masih lagi mencari buffet ramadhan sekitar Kuala Lumpur dan Jalan Ampang, silalah ke Restoran Flora Kafe ini. Pelbagai jenis lauk disediakan. Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut.
Dewasa - RM45++
6-12 Tahun - RM20++
Jika korang berminat, bolehlah membuat tempahan di sini :-
Flora Kafe Sdn. Bhd,
Lot G.02-06, Ground Floor The Ampwalk,
218 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur
03-21618010 / 017-3024112 (Mell)
0 Komentar untuk "Buffet Ramadhan 2013 - Restoran Flora Kafe |"