HAri ini aku sempat untuk meninjau-ninjau blog-blog yang terlintas dikepalaku ini. Dalam kesempatan itu, aku telah menemui beberapa blog yang ditinggalkan, blog yang terbiar, blog yang hanya ada namanya dan alamat URLnya sahaja. Pemilik blog seakan-akan “Hangat-hangat Tahi Ayam” ataupun mendaftarkan blog semata-mata dan bertujuan untuk dijual.
Ada blog yang dahulunya memiliki entry dan post yang baik tetapi berakhir dalam beberapa tahun kemudian, mungkin pemiliknya sibuk dengan aktiviti lain yang lebih penting berbanding dulunya, ataupun pemiliknya sudah kehabisan catatan untuk dimuatnaik keblog kerana terlalu taksub dengan penulisan pada awal dahulu sehinggakan kehilangan idea untuk menulis. Entahlah aku sendiripun tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku.
Lambakan blog ini, menyusahkan bagi aku seorang blogwalker…
0 Komentar untuk "Blog yang ditinggalkan."