This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Ayam Panggang Nandos

Salam,
Sedar tak sedar esok nak puasa dah. so di kesempatan ini sy ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan marilah kita sama-sama memperbanyakan amalan-amalan ibadah. bukan setakat tahan lapar dan dahaga sahaja tau.

Okeh untuk bulan puasa ni salah satu dilema terbesar ialah nak makan apa semasa berbuka. betul tak? paling senang beli sahaja. tapi untuk sy yang berkahwin ni takkan tiap-tiap hari nak beli kat bazaar. baru-baru ni belajar la masak ayam panggang. Nanti boleh la masa bulan puasa buat lagi. Sebenarnya resipi ni belambak-lambak blogger dah buat entry. In fact sy pun ambil dari depa pastu olah-olah sikit.

Bahan perapan:

1/2 ekor ayam ----> buang kulit, basuh bersih-bersih lepas tu biarkan kering
3 ulas Bawang Putih ----> boleh tumbuk atau blend
Blackpepper / Chilli Powder ------> kalau gila pedas macam sy letak la ikut citarasa
1/2 inci halia -----> tumbuk atau blend sekali dengan bawang putih 
2 sudu besar Olive Oil ------> tak letak pun xpa
2 sudu besar Madu ------> kalau tak dak pun xpa
3 sudu besar Sos Nandos Extra Hot -----> ikut apa jenis sos nandos yang korang suka
Garam secukup rasa
1/2 biji Lemon -------> terus perah atas ayam

Semua bahan-bahan tu masukkan sekali dan gaul pakai tangan sambil urut-urut ayam tersebut. Oh lupa nak cakap jangan lupa cucuk ayam tu dengan garfu supaya bahan perapan tu akan masuk sampai ke tulang.

Lepas tu biar dalam satu jam, masukkan dalam peti ais dan biar semalaman. bagi semua bahan tu masuk sampai ke tulang. Siapa suka bahagian tulang mesti boleh gigit dan jilat tulang tu puas-puas. haha

Lepas dah keluarkan dari peti ais, biar hilang sejuk sat, lepas tu letak dalam aluminium foil dan boleh bakar dalam oven ataupun macam sy ni tak dak oven boleh la pakai frying pan biasa tu.
Nak buat macam mana tak dak pemanggang ajaib. Wishlist lepas raya nanti ialah pemanggang ajaib. huhu

Ni hasilnya selepas dah siap.

Tag : Ayam, Resepi
0 Komentar untuk "Ayam Panggang Nandos"
Back To Top