This blog is under FaceLift, to serve you better, Sorry for any incovinience...

About The Soonex

Get in Touch

Your e-mail address is incorrect. Please check it and try again.

Thanks for your subscription!

Abu Uyhman Amr bin Bahr Al-Kinani Al-Fuqaimi Al-Basri

Sempena bulan Ramadhan yang penuh berkat ni, AI nak bawakan kisah cendekiawan Islam yang terkenal pada zamannya. Selalu kita dengar nama seperti Ptolemy, Aristotle, Isaac Newton atau Leonardo Di Caprio Da Vinci sampai kita terlupa kepada cendekiawan Islam yang terlebih dahulu hidup dan menguasai pelbagai bidang seperti falsafah, perubatan, geografi, matematik, astronomi, kejuruteraan dan banyak lagi.

Apa yang menarik mengenai cendekiawan Islam ini ialah hasil kajian yang mereka jalankan adalah berlandaskan penerangan di dalam Al-Quran. Melalui Al-Quran, mereka mengkaji, mendalami dan seterusnya menguasai pelbagai bidang baik di dalam ilmu agama mahupun akademik.

Tokoh cendekiawan Islam yang ingin AI perkenalkan ialah Al-Jahiz. Mesti ramai yang tak pernah dengar kan? Kita mungkin pernah dengar nama Ibnu Sina, Al-Razi atau Al –Khawarizmi. AI yakin ramai yang tak pernah dengar mengenai Al-Jahiz. Sebenarnya Al-Jahiz ini dikenali sebagai tokoh zoologi Islam pertama kerana penulisannya berkaitan haiwan atau zoologi.

Nama sebenar Al-Jahiz ialah Abu Uyhman Amr bin Bahr Al-Kinani Al-Fuqaimi Al-Basri. Beliau dilahirkan pada tahun 781. Keluarga Al-Jahiz terdiri daripada golongan miskin. Al-Jahiz terpaksa bekerja menjual ikan di sepanjang terusan di Basra untuk membantu keluarganya. Minat yang mendalam terhadap ilmu pengetahuan menyebabkan Al-Jahiz selalu pergi mendengar mereka yang berilmu mengajar tentang pelbagai ilmu di masjid. Selain itu, Al-Jahiz juga mengambil peluang mengikuti kawan-kawannya belajar dengan para cerdik pandai Islam ketika itu.

Al-Jahiz sangat meminati bidang penulisan sehinggakan beliau menjadikan penulisan sebagai sumber pendapatan. Karya pertama beliau ialah mengenai institusi khalifah semasa beliau di Basra. Al-Jahiz terus menulis sehingga dipercayai telah menghasilkan 200 buah buku sepanjang hayat beliau. Karya paling terkenal Al-Jahiz ialah ‘Kitab Al-Hayawan’ atau Book of Animals. Karya Al-Jahiz ini merupakan ensiklopedia yang terdiri daripada 7 jilid dan mempunyai keterangan mengenai 350 jenis haiwan.

Al-Jahiz meninggal dunia pada 869 ketika berusia 93 tahun. Al-Jahiz meninggal dunia setelah hampir 50 tahun mengabdikan diri untuk perkembangan ilmu pengetahuan di Baghdad dan Basra. Ketekunan dan kegigihan Al-Jahiz dalam mendampingi ilmu pengetahuan dan menjadikan amalan membaca sebagai satu budaya hidup sewajarnya dicontohi oleh kita semua.

Bacalah, dengan nama Allah Yang Maha Pemurah.

Sumber: 25 Cendekiawan Islam : Shafie Abdul Rahman

Tag : Personaliti
0 Komentar untuk "Abu Uyhman Amr bin Bahr Al-Kinani Al-Fuqaimi Al-Basri"
Back To Top