Abby Abadi kahwin? Betul dan realiti. Tahniah kepada Abby Abadi dan suaminya, Farhan.
Gambar diatas merupakan gambar suami Abby Abadi.
Hari ini, bekas isteri kepada Norman itu mengesahkan yang dia sudah bergelar isteri kepada jejaka yang dikenali sebagai Farhan sejak 12 hari lalu.
“Dipendekkan cerita, sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya. Maaf sebab maklumkan lambat pada kalian. Allah kami dahulukan. InsyaAllah, majlisnya dalam bulan raya nanti. Lokasi belum pasti. Doakan, ini jodoh kerana kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Baru dua minggu kenal, Allah tunjukkan jalan ke sini. Syukur,” kongsi Abby di akaun Instagramnya.